Raya 2014 yang carca-marba

8:16 PM

Assalamualaikum

Selamat Hari Raya semua.

Aci dak raya ke-10 baru nak up entri raya.Boleh la kan.Kelam-kabut dengan anak merap.Takdan nak belek.Tadi dan la BW blog ampa tengok baju raya.Lawa-lawa no.Meletup gitu.Baju raya saya biasa ja.Takda meletup-letup sangat.Tu pon suami yang belikan.Kalau harap saya maunya tak dapat jugak baju raya.

Raya pertama
Pagi-pagi siapkan Aqil.Dia dah merap dah time ni.Tak cukup tidoq.Ni pon jenuh pelekoh dia pakai baju melayu.Tangan dan kaki baju dah potong tapi still labuh gak T__________T
Mama dia salah ukur la ni.

Budak rambut takdan sikat :p
 Ni abah dia punya keja.Nak kaler tema ijau.Beli baju melayu anak dulu.Pastu mama memusing-musing cari baju raya.Kalau ada yang sama warna mahai baq hang.Tak sanggup nak bayaq padahal nak pakai sat ja.Saya plak pesen pi keja tak pakai baju kurung ni nanti baju tu dok dalam lemari je la jawabnya nak tunggu raya haji atau kenduri.

Seketoi pic kami sekeluarga.Masa ni Aqil dah merap.Tengok muka pon dah tau.Dia dok ngamuk-ngamuk dah.Gambaq makanan pon takdan snap.Gambaq mak pon takda T___________T
Nampak i macam ngandung la plak T_______T

Pastu takda dah pic seluruh keluarga macam selalu.Lupa abes nak snap dengan anak bebai ni.Bila bebai dia takmo kat abah sangat.Asik-asik ammaaaaaa....ammaaaaaaaaaa...ammaaaaaaaa....Pic bersalaman pon takda.Adehhhhhhh....

Pas salam-salam makan bagai kami sekeluarga menziarah ke rumah mak ndak.Aqil dikelilingi sepupu-sepupu biru dia.Depa ni anak abang dokte.


Anak abang no.2 tema oren.Time ni depa tak sampai lagi.Anak abang no.3 takda tema.Baju raya satu family tak siap.Hangin ja kak ipar hari raya tu.Lari abes bajet sebab kena kuar malam raya gi beli baju raya anak-anak dia.

Pastu pusing-pusing rumah sedara dan jiran sebab esoknya abang dokte dah nak balik Selangor umah mertua.Ada kenduri raya ke tiga.Sebelum pusing-pusing tu dah tukarkan baju Aqil.Nasib la ada kemeja hijau.Kalau tak lari tema.


Aqil dah mengamuk-ngamuk rimas pakai baju melayu.Jam 10 malam baru balik rumah.Sempat la menziarah mak lang di Kota Kuala Muda, mak ndak Ton di Juru, mak ndak Mah di Kampung Selamat dan kawan suami di Kepala Batas.

Raya kedua
Lepas family abang dokte balik kami terus balik beraya rumah FIL.Temanya...pakai la baju apa yang ada.Saya pakai blouse dan seluar ja sebab hari tu memang tak jalan memana pon.Just balik sana ja.
Kat sini depa masak laksa.Syedapppppp tapi macam biasa bila anak merap demam apa pon takda.Makan pon kalut-kalut.Eh...rasanya pagi raya sempat makan ketupat dua tiga suap je.Pastu apa yang orang jamu masa pi beraya yang tu la saya makan.Memang tak jumpa nasi pon.

Raya ketiga
Pon tak ke mana-mana.Just kuar beli barang dapur umah mertua pakai baju biasa ja sementara tunggu kak ipar sekeluarga sampai dari Palong N9.Dengan baju biasa tu la suami usung saya pi beraya umah kak ipar di Padang Serai dan Pinang Tunggal.Pastu pi plak umah mak ngah dan sepupu suami di Mengkuang,Taman Kucai dan Permatang Pauh.Stress betul.Dengan muka baju masam tu lepas merata-rata.

Raya ke-empat
Beraya umah sedara belah suami kat Serdang, Batu Gajah dan Sungai Limau.Masa ni demam Aqil dah nak kebah dah.Konvoi tiga buah keta tapi dapat gambar banyak ni ja...hahahaha...
Time ni tengah usung Aqil yang baru nak ngamuk tengok-tengok kat luar.Nampak cam cantik ja tempat ni soh abah snap.


Ni Aqil dan Nadeera.Depa sepupu.Nadeera dah setahun 8 bulan tapi kecik sikit dari Aqil bambam.Kalau letak sebelah-sebelah memang leh tengok size depa yang lebih kurang sama tapi beza umor banyak sangat.


Raya kelima
Dok umah mertua lagi dan lagi.Sembang-sembang...masak-masak...makan-makan tapi macam biasa saya tak tolong gak hari ni sebab anak merap.Nak dukung ja.Gambar makanan pon takda.

Raya ke-enam
Suami dah start keja.Saya ikut suami.Anta pi keja pastu ke rumah mak kat TAT.Dok sat kat umah mak pi umah kak Ya.Ni bukan baju raya tapi baju mix and match.


Balik umah kak Ya singgah umah Dba kawan sekolah.Dia sensorang ja kat umah dengan anak-anak.Suami keja kat Klang.Family dia pi umrah dan beraya kat sana.

Aini, Dba, saya dan Aqil
Tak lupa gak Maneh dan Mat.

Sempat la dok kat kusi urut kat umah family Dba.Sedap gila kena urut.15 minit rasa cam tak cukup.


Mai beraya sesambil melawat Amanda Delisha yang dah makin bambumbam.Gewam tengok.


Raya ketujuh balik semula ke sarang burung merpati dengan anak merap dan kena campak.Sadis.Baru nak masuk keja Aqil kena campak la plak.Sambung cuti lagi.Hari ni saya keja sehari sebab suami cuti.Esok sambung balik cuti.Adussss....abes dah cuti dalam simpanan.Takpe la....demi anak mama relakan.

You Might Also Like

9 apa kata anda?

  1. comey da tu baju mama ..ijau + coklat :)

    ReplyDelete
  2. saje merendah diri Zai..
    bajunya meletop tak kalah jugak..
    faham betul fesyen laki dia..
    kalu laki kita beli tak tahulah..nak baju yg patung pakai..malu hamba..ingat bini model mcmm patung

    ReplyDelete
  3. bila dh anak mesti kelam kabut kan nak persiap anak hehe..

    ReplyDelete
  4. alahai nak dmam cmpak patut la merap kan.
    x pa la nak buat mcm mna.
    itu pasai jgn beli baju memahai kan.pakainya kjapan aje. pastu sumbat boh dlm lemari.hahahaa..

    saya lagi la x ke mana kak.
    dok ulang alik ikut cik abe pi ofis aje.
    lps solat raya dh bkampung ke sana smpai la ke ptg.

    ReplyDelete
  5. Ada anak kecik macam tu laaa... hehe..

    ReplyDelete
  6. pergghhh 7 hari dalam 1 entry... hehehe... terbaek...
    ermmm ada gak la gambar sekeluarga walau seketul pun... idah?? ermmm lgsg tak derr... hehehe... harap bawak camera jer ke hulu hilir tapi haram nak ambik gambar... :D

    ReplyDelete
  7. hehee..selamat hari raya~
    raya taun nih mmg kt anak je kan..sronok nk siapkan depa ^_^

    ReplyDelete
  8. tak sabar tunggu tahun depan..boleh beraya betiga ~ weeeeee

    ReplyDelete
  9. cantikkkkkkkkkkk baju kak zai. seyes cantik sgt.

    memang stress bila anak merap tak sihat kan. kita nak beraya pun rasa lemau aje

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers