Kembali bekerja

3:21 PM

Assalamualaikum
 
Waaaa....lamanya cuti.Rasa malas terus nak keja.Ni naseb mak partner saya meninggal yang saya datang keja.Kalau takda apa-apa mau sambung cuti lagi...hihihi...
 
Hari Senin lepas pi check up Aqil 10 bulan.2 minggu Aqil demam ON OFF berat turun 3 kg dari 8 bulan punya check up.Memang leh rasa ringan sikit badan Aqil dari selalu.Mana tak turun makan takmau lansung.Nak minum susu ja.
 
Semalam tinggalkan Aqil dalam tangisan.Dia macam tau-tau saya nak tinggal dia semalam.Saya bangun dia pon bangun.Pas salin pampes bagi susu Aqil takmo tido dah.Saya masak bubur, Aqil tunggu saya kat benteng penghadang antara dapur dan hall.
 
Saya pi mandi Aqil tunggu depan bilik air.Kejap-kejap dia tampar-tampar pintu bilik air.Saya ke bilik belakang bersiap dia pon kalut ikut masuk bilik.Bila tengok saya pakai tudung terus dia mai pegang kaki suruh dukung.Selalu bila pakai tudung mesti nak kuar berjalan.Dia ingat nak kuar jenjalan la tu.Bila saya bagi dia kat abah terus menangis-nangis.Berat hati nak tinggalkan dia bila tengok dia menangis.Yela...2 minggu dok jaga dia...main dengan dia agaknya dia pon paham yang saya nak tinggalkan dia.
 
Kuar rumah kalut-kalut.Lepas tutup pintu berdiri luar rumah agak lama.Macam nak pi takmau pi keja sama banyak.Gagah gak seret kaki ni pi keja.Dah lama sikit baru call suami tanya camna.Alhamdulillah....dia menangis tak lama.Suami buka video iklan raya TM tu terus diam.Bila kat tempat keja dok belek gambar dia je la.
RINDU T________________T
 
 
 
Masa pi check up tu Aqil tak demam dah lepas makan ubat semalam tapi bila dok tunggu lama sangat dok rasa badan dia makin lama makin panas tapi Aqil aktif cuma dia taknak susu or minum air.Nak tunggu timbang berat pon dekat sejam padahal mai pukul 8 pagi.Masa nurse check tanya itu ini saya cakap dia demam.Nurse tak caya dia demam sebab aktif.Check suhu 38.1C.Kaki sejuk.Badan dan kepala panas.Terus refer dokte.Dokte pon tanya soklan yang sama.Tak caya dia demam.Dokte check suhu sekali lagi nek 38.5C terus dokte bagi ubat bontot.
 
Lepas setengah jam dapat ubat bontot ha jadi la camni.Makin aktif.Saja dok tengok gelagat dia bila dia perasan ada orang dok sengih-sengih kat side mirror.Tah dia pikir dia ke orang lain pon taktau.
 
Tercite banyak plak pasai Aqil.Nanti-nanti free sikit baru nak BW.Hari ni shipment nak keluar menimbun-nimbun.Pukul 11.30 pagi tak abes lagi wat paperwork.Hope esok dah kurang sikit dari hari ni.Letih mak.Lunch pon tak turun sebab penat sangat setelkan shipment.

You Might Also Like

10 apa kata anda?

  1. Comel nyer Aqil... apasal laa mama letak aqil dalam bakul laundry tuu... huhuhu

    ReplyDelete
  2. acik idah...dia ciwi bila abah beli bakul baru.asik la dok bdiri kt situ.boh dlm tu trus sengih

    ReplyDelete
  3. demam nk boleh akal baru la tu ~

    ReplyDelete
  4. rsnya gitu la cik anggur.nk boleh akai ni

    ReplyDelete
  5. Blogwalked!

    http://cerita-adindabaizuramazlan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. stress kan kak zai bila ank xmo mkn. sama la uwais masa demam tu. tp alhamdulilah berat tak turun. cuma tak naik jela. maintain aje. tu pun jenuh ligan bagi makan. makan pun berejam tara nk habis separuh huuuu

    ReplyDelete
  7. Aqil berat turun byk.sedey tgk bdn dia dh kurus ckit.cian.mkn mmg dh xmo dh skrg.nk x nk bncuh susu letak nestum 2 sudu.klau x kesian dia asik lapar

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers