Sumbangan baju raya dari warga Philips Penang untuk Pusat Jagaan Nasyiatul Aisyiyah

9:14 AM

Assalamualaikum
 
Bermula dengan treaser pada Khamis lepas hari ni saya nak citekan serba sedikit tentang sumbangan baju raya.Ini adalah serba sedikit info tentang Pusat Jagaan Nasyiatul Aisyiyah.
 
Pusat ini telah beroperasi selama 14 tahun sejak dari tahun 2000 sehinggalah sekarang. Kanak-kanak yang menetap disini juga semakin bertambah. Kebanyakkan kanak-kanak yang tinggal disana adalah kanak-kanak yang tiada tempat tinggal , yang lahir tidak didaftarkan nama mereka (tiada surat beranak), dan di kalangan keluarga yang bermasalah yang sering memukul anak-anak mereka.Kebanyakkan kanak-kanak yang menetap disini adalah bukanlah dari ibu bapa yang warganegara Malaysia, ada yang dari Filipina, Siam dan sebagainya.
Terdapat beberapa pihak yang prihatin terhadap pusat jagaan ini, contohnya Hotel Holiday Inn, Bayview dan banyak lagi yang sudi menyumbangkan segala kekurangan yang rumah ini hadapi. Puan Rohani , atau lebih mesra lagi dikenali sebagai Ustazah Rohani dimana beliau adalah pengasas rumah tersebut bersama-sama suaminya baru memulakan perniagaan secara kecil-kecilan iaitu kedai Khaisara Nasi Dalca di Sg.Pinang, Balik Pulau untuk menampung segala kos pembelian susu dan lampin pakai buang untuk kanak-kanak tersebut.

Awal puasa pihak company telah ke Pusat Jagaan Nasyiatul Aisyiyah bertanyakan bentuk sumbangan yang mereka perlukan.Ustazah Rohani cuma meminta pihak company menyediakan baju raya untuk anak-anak ini.Makanya sesi pengumpulan baju raya telah berlansung selama 2 minggu yang telah disertakan size dan bilangan baju yang diperlukan sebanyak 24 pasang(kalau tak silap).Atas keprihatinan dan keikhlasan warga Philips kami dapat menyumpul 5 KOTAK BAJU RAYA BARU untuk anak-anak ini.Melebihi dari jangkaan.Ada baju melayu, baju kurung, t-shirt, seluar jeans, dress kanak-kanak perempuan dan tudung.Tak kisah la derma persendirian atau kumpul duit 10 hengget sorang ramai-ramai dan beli janji ada sedikit sumbangan dari kami.
 
 
Sebenarnya saya dah lama pencen dari GPTW team tapi sesaja menyebok join team ni tuk sama-sama menghantar sumbangan untuk Pusat Jagaan Nasyiatul Aisyiyah.
 
 
Bertolak ke Balik Pulau jam 10.15 pagi seramai 12 orang dengan 4 buah kereta melalui Bayan Lepas.Dah lama gila tak naik Balik Pulau.Terasa macam nak ke Genting plak...hihihi....
 
Lebih kurang jam 11 pagi kami tiba di pusat jagaan tersebut.
 
 
 
Memandangkan hari ni hari sekolah anak-anak ini ramai yang takda.Tinggal la beberapa kerat ja.
 
Anak-anak yang comey dan tak sabar tunggu baju raya.
 
Berlansung sesi penyerahan baju dan duit raya yang serba sederhana.Tak macam tahun 2012 kalau tak salah.Siap wartawan bagai.
 
Melayan karenah anak-anak kecil sebelum pulang.
Ini la serba sedikit gambar dan cerita yang dapat saya coretkan.Yang lainnya ada dalam kamera company.
 
Kalau ada yang ingin membantu boleh la menghubungi Ustazah Rohani di talian 04-8661244 atau datang sendiri ke
 
No 60, Sungai Pinang VIllage Area,
11010, Balik Pulau, Pulau Pinang
 
 Sebarang sumbangan yang ingin didermakan berbentuk wang bolelah masukkan kedalam akaun ini

CIMB ACC/NO : 07390000788054
(PUSAT JAGAAN NASYIATUL AISYIYAH) atau

MAYBANK ACC/NO : 157081009973
( PUSAT JAGAAN KEBAJIKAN NASYIATUL AISYIYAH)
 
 
#PRAYFORGAZA
#PRAYFORMH17
#PRAYFORMH370
#PRAYFORMALAYSIA
 

You Might Also Like

8 apa kata anda?

  1. alhamdulillah...saya pulak terharu..

    ReplyDelete
  2. good deeds awak and nice sharing :)

    ReplyDelete
  3. terus rasa sebak kak zai ;(((((

    ReplyDelete
  4. siti..kami ms kt sana dok thn ja airmata tkut tumpah.Sedih...

    ReplyDelete
  5. kiera...bdk paling kecik umo 10 bulan.sedey sgt tgk.baya2 anak kita...wuuuuuu

    ReplyDelete
  6. Allahu...semoga apa yang dilakukan dibalas oleh Allah insyaAllah..

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers