Pengalaman berpuasa dan sahur 1435H

10:55 AM

Assalamualaikum
 
Hai semua....salam Ramadhan.Hari ni lemau sikit.Biasa la kan...awal-awal posa.Baru dok biasakan diri bangun awai koi 4.30 pagi.Sebelum-sebelum ni pon bangun awai bila Aqil nak nyusu tapi yang tu suap je ke mulut dia mata ni pejam balik.Tahun ni tahun pertama berpuasa dengan anak.Tahun lepas tengah ngandungkan Aqil.Masa tu pukul 10 malam dah tido esoknya cergas ja bangun nak sahur.Tahun ni kena ikut time anak tido so masih takleh nak terima sangat la.
 
Dua hari bersahur dua hari gak la Aqil bangun.Cuba sedaya upaya bangun senyap-senyap dia jaga jugak.Pastu bukan reti ngantuk ke apa.Aktif macam hari dah siang.Sahur hari pertama kami sekeluarga sahur di rumah mak mertua ja.Saya macam biasa makan sikit je la.Kalau bagi benda lain boleh la nak makan.Nasi dengan kuah gulai/kari/ yang bersantan pepagi???Memang tak la.Leh kuar balik kalau paksa makan banyak-banyak.
 
Hari ni sahur di rumah sendiri.Semalam masa berbuka wat sup tulang so hari ni kita makan sup tulang bagi abes je la.Goreng telur dadar pastu wat air asam sikit wat cicah daging dah cukup wat suami tambah 2 kali.Gambar???Tak payah la kot sebab kang meleleh-leleh ailio orang dok tengok.Kurang plak pahala posa saya...hikhikhik....
 
Semalam dalam jam 6.30 petang Aqil tido.Dok bajet la dia bangun lepas buka posa.Aman sikit la nak makan tup tup pukul 7.30 malam dia bangun.Amboi....tau tau je timing nak berbuka.Dia pon kalut la nak makan sama.Tengah dok hidang mulut Aqil dah cupcapcupcap macam mengunyah.Naseb la abah beli buah tembikai so sesambil berbuka suapkan Aqil tembikai.Tak la kacau semua dia nak.
 
Semalam kan Ahad so dok santai-santai kat rumah sesambil rebus sup tulang.Masakkan Aqil bubur untuk makan tengahari dan malam dia.Saya macam biasa tiap kali nak suap Aqil makan memang akan rasa dulu dengan lidah bubur tu panas lagi ke tak.Kadang-kadang tu memang masuk mulut saya gak la.Semalam otomatik hala sudu ke mulut.Baru nak rasa baru teringat kata posa.Fuh...naseb la teringat.Kalau tak mesti kenyang dok makan bubur Aqil...hihihi...tapi takpa kan sebab terlupa....ahak..
 
Hari ni tak tau la nak sampai rumah pukul berapa.Macam tahun-tahun lepas asal bulan posa ja mesti jem.Semua dok kalut nak balik pi pasar Ramadhan.Hat bangsa tak posa tu pon sama kalut nak balik awai.

You Might Also Like

10 apa kata anda?

  1. Bersahur tu perlu, atleast ada tenaga lah,..kuat skit semangat puasa tu.
    Berbuka Fuza amalkan sederhana je.
    Alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. sis fuza....sy klau sahur slalunya mkn oat/biskut cicah milo ja.lbh2 xboleh.klau smbal2 ni boleh la

    ReplyDelete
  3. Sedapnye sup tulang...kita sahur ngan kurma dan esp+mealshake+horlik...tak lalu nasik pepagi....heheeheh...selamat berpuasa sis

    ReplyDelete
  4. rossi...sm la x lalu nasik tp tuan tanah kedaung nk nasik kena la temankn mkn sesama

    ReplyDelete
  5. kira sahur mesti nak makan nasi kalau tidak mau tengahari dah meleper nya dengan pam susu nya lagi hihihihi

    kira pun xblh terima masak bersantan pagi2, mesti gorg ikan masin kalau takde ape makanan yg tekak blh terima hihihihi

    ReplyDelete
  6. tu la...k.zai pon xleh nk trima santan2 pepagi

    ReplyDelete
  7. mampu terima susu je perut nie.....hehehehehe yg lain xleh nk telan

    ReplyDelete
  8. hohoho...klau k.zai la mau lembik.kena gak mkn something mcm roti ke apa

    ReplyDelete
  9. betul tu pepagi mkn berlemak mmg x jln.
    sy buat telur dadar atau telur mata, sup sayur hirup pepanas, ikan gelama masin.dh ckup buka slera.

    pandai aqil kan.tau tau je time puasa. ni mesti sbb thn lepas kan akak puasa masa pregnantkan aqil. hihi. kiranya aqil.nak teman berbuka lettew :)

    ReplyDelete
  10. wah3...dh ada idea nk wt apa sahur nti.nk tiru Qaseh la

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers