Hadiah lucky draw dari EHS week

10:36 AM

Assalamualaikum
 
Last 2 weeks company ada buat Environmet, Health and Safety(EHS) week.
Seminggu tu memang penuh dengan aktiviti.
Ada blood donation, EHS exhibition booths, treasure hunt, health screening program dan road safety campaign.
Sesiapa yang pi masa perasmian tu akan dapat satu kad dan perlu kumpul 4 stamp dari booth-booth yang ada untuk lucky draw.
Seminggu tu jugak ada blood donation dari hospital yang berlainan tapi paling ramai pi masa Hospital Pulau Pinang yang buat.
Minggu kejadian saya tak turun lansung nak tengok apa yang jadi sebab sensorang kat opis.Partner bercuti emergency 2 minggu so sensorang la kena handle itu ini layan karenah hampir 30 engineer.
 
Satu hari tu time lunch ada sorang kawan dari department lain ajak masuk treasure hunt.Adehhhh...malasnya tapi kesian plak dia beria-ia nak join.Satu group kena 6 orang so saya cuma cukupkan korum ja.Treasure hunt berlansung dalam kawasan kilang gak tapi jenuh gak la.Kami diberi 25 soalan pengetahuan am tentang environment, health dan safety yang perlu di jawab dalam masa sejam di samping kena tawaf satu kilang selesaikan task di 8 station.Mau semput dok lari-lari anak sambil jawab soklan dan buat task.Group kami sempat abiskan semua task dan soklan tapi jawapan tah apa-apa la...hahahaha..Tang sini memang dah kalah teruk dah tapi takpa....enjoy gila.Masa ni komitee EHS bagi kad lucky draw soh tulis nama.Fuh...harap-harap dapat la kan.
 
Pastu dah lupa bab-bab EHS week dah cuma asik la dok terpandang hadiah lucky draw kat atas meja di satu sudut kantin.Stress ja tengok.Maunya tak.Hadiah best-best.
Antaranya....
 
pressure cooker
 
steamer
 
airfryer
Ada blender, air purifier, advance juicer, iron, rice cooker, coffee maker, chooper dan bread toaster.
Semua barangan Philips.Harusla kan....dah keja dengan Philips...hahahaha...
Dok target benda yang besar-besar.Geram ja tengok.Semuanya ada 100 hadiah.Kompem akan kena satu punya.
 
Hari Rabu masa penutup EHS week saya tak turun gak.Malas.Tapi lepas majlis tu memang ramai dok mai habaq kata saya dapat tapi tak caya la.Bukan takda nama sama keja dalam kilang besaq ni.Tup tup orang len yang dapat wat malu ja nak pi reedem hadiah.Kamis tu tengok email baru la caya.
 
Ini la hadiahnya.
 Kali ke-2 dapat hair dryer dari company.Baru ja ambik dah ada yang tanya nak jual ke tak...hihihi...Tengok dulu la camna.Kena pikirkan dulu.Rasa macam nak guna ja yang ni sebab ringan.Yang dulu dapat besar dan berat.
 
Ni hadiah kawan.Advance juicer.Tensen ja tengok....hahahaha...
 
Tunggu annual dinner bulan 8 ni plak camna.Kot-kot la ada luck lagi kan....hihihi....

You Might Also Like

4 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^