Parenting Tips | Atasi anak meragam

9:20 AM

Parenting Tips | Atasi anak meragam


Assalamualaikum
 
Sejak akhir-akhir ni budak debab ni asyik la meragam. Dia dah mula takmau kat orang lain termasuk la tok dan wan dia kalau saya ada depan mata. Nak mengendeng ja dengan saya sampaikan kakak-kakak ipar leh tanya soklan camni.
 
''Maksu dah datang bulan belum? Orang tua-tua kata kalau anak asyik merap ja dia nak dapat adik''.
 
Sejak dia dah dapat 'kaki' mula merangkak tido pon dah kurang.Aysik nak main. Asyik nak di dukung dan asyik la nakkan perhatian .Memang bagus perkembangan dia tapi kita pulak yang jadi susah. Semua keja tertangguh.
 




Kena duduk layan dia kat sebelah. Nak bangun pi dapur pon tak boleh. Menangis macam kita nak tinggalkan dia. Dulu debab memang rapat dengan abah dia tapi sekarang dah lain. Ada abah depan mata pon dia wat derk ja. Nak main dengan mama. Maybe dia dah pandai rindukan mama dia kot sebab selalu bangun ja dari tido mamanya dah takda pegi keja.
 
Dah beberapa malam debab buat perangai. Berjaga dari petang nak main sampai la ke pukul satu dua pagi. Ya Allah....mama dia ni dah la mata takleh nak celik dah yang dia dok guling sana-sini. Bila tak layan dia menangis. Kalau buat-buat tido dia datang panjat dan korek mata, hidung, tarik rambut. Dah tu cemana nak tido?
 
Kita tidak boleh mengharapkan anak yang sentiasa ceria dan tidak membuatkan ibu bapa pening menangani pelbagai kerenah mereka. So menjaga anak kecil ni menuntut kesabaran yang tinggi kerana jika tidak, ibu bapa boleh hilang sabar dan ada yang bagaikan hilang kewarasan diri sehingga sanggup mendera anak sendiri.

Dengan pelbagai tekanan dan tanggungjawab yang perlu dipenuhi setiap hari, kerenah anak yang menangis atau meragam apatah lagi pada malam hari memang boleh menyebabkan ibu bapa hilang sabar.


Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, kita tidak sepatutnya melepaskan kemarahan atau segala beban seharian terhadap anak kecil yang tidak berdosa dan mengerti apa-apa. Sebaliknya kita harus belajar untuk menjadi ibu bapa terbaik sekali gus memahami keadaan si kecil yang sering meragam itu.


Ada beberapa tips yang saya dapat masa dok godek-godek tenet. Kebanyakkan kita memang dah buat tips-tips ni bila anak meragam.



1. Bersikap tenang


Perkara terbaik yang boleh dilakukan ibu bapa apabila anak meragam atau menangis dengan nyaring ialah bersikap tenang dan bukannya memarahi anak dengan suara yang tinggi.

Apabila tekanan dalam diri ibu bapa meningkat, anak juga akan menjadi bertambah tertekan, menyebabkan usaha menenangkan bayi tidak akan tercapai.


2. Periksa lampin bayi

Bayi menangis kerana pelbagai sebab, antaranya mereka tidak selesa apabila lampin sudah terlalu penuh atau mereka baru saja membuang air besar.

Jadi, apabila anak menangis, cuba periksa lampin untuk pastikan masalah anak mena–ngis bukan berpunca daripada lampin. Sekiranya basah lencun atau kotor, salin lampin supaya bayi lebih selesa.


3. Periksa suhu badan bayi

Kadangkala bayi menangis apabila dia berasa terlalu sejuk atau terlalu panas.
Mungkin ibu bapa boleh memegang tangan atau kaki anak untuk memastikannya.

Sekiranya sejuk, pakaikan baju yang menutup tubuh dan lebih tebal. Namun sekiranya panas, cuba gunakan termometer bagi memeriksa suhu bayi.


4. Kembung perut

Bayi selalu mengalami masalah kembung perut. Oleh itu, ibu bapa perlu memeriksa dengan menepuk lembut dengan jari bagi memastikan anak mereka mengalami masalah kembung perut. Sekiranya benar, sapukan minyak angin pada perut bayi untuk melegakan perutnya.


5. Beri susu atau makanan bayi

Sekiranya semua perkara di atas tiada pada bayi, kemungkinan besar dia lapar.
Tawarkan minuman atau makanan pada bayi. Ibu bapa perlu mempunyai jadual dan mengingati masa makan atau minum anak mereka.

Jangan ambil mudah kerana selain senang meragam akibat lapar, tumbesaran bayi juga boleh terjejas jika tidak mendapat zat mencukupi.


6. Bayi mengantuk

Bayi juga akan meragam dan menangis jika mengantuk. Selalunya mereka hanya
mahu didodoi oleh ibu atau bapa dan sebaik dipeluk, mereka menjadi tenang dan tidur dengan mudah.

Pelukan daripada ibu bapa bukan saja dapat menenangkan bayi, malah ia mampu menyalurkan kasih sayang yang sangat diperlukan oleh bayi untuk membesar dengan sempurna.



7. Mahu bermanja

Adakalanya bayi hanya mahu didukung, dipeluk, dilayan atau diberi perhatian penuh oleh ibunya. Bayi sememangnya manja dan mahu dibelai ibu.

Banyak kajian menunjukkan belaian daripada ibu bapa dapat meningkatkan sistem pertahanan bayi, membantu menstabilkan emosi, membantu selera bayi dan menjadikan anak mereka lebih ceria.



Dok agak debab memang nak bermanja dengan saya je sekarang ni sebab bila abah ada pon dia tak kisah dah kat abah dia.

8. Alih perhatian bayi

Apabila anak menangis atau meragam tanpa dikenal pasti puncanya, antara kaedah yang boleh digunakan ialah mengalihkan perhatiannya.

Ada kemungkinan bayi itu bosan justeru, ibu bapa boleh menghiburkan bayi mereka. Lakukan perkara yang boleh membuat bayi ketawa seperti membuat aksi melucukan atau membawanya keluar bersiar-siar melihat sekeliling selain berbual-bual dengan bayi supaya mereka rasa disayangi.


9. Ubah cara dukung

Sesetengah bayi mempunyai posisi dukung yang digemarinya. Jika anak sukakan posisi tegak di bahu, jangan baringkan dia ketika mendukungnya kerana bayi pasti akan menangis.

Apabila menegak, bayi boleh melihat keadaan sekelilingnya dengan lebih baik seolah-olah berjalan dan ia penting bagi proses pembelajarannya.


10. Hiburkan bayi

Biarpun nyanyian anda sebenarnya sumbang namun bagi bayi anda, andalah penyanyi terhebat. Oleh itu, gunakan kesempatan ini untuk menyanyikan pelbagai lagu lembut kepadanya terutama lagu yang mempunyai unsur pendidikan kerana anak akan mengikut nyanyian sambil belajar dan pada masa sama, dia akan tenang dan berhenti menangis.


11. Menari bersama bayi

Ini antara teknik yang boleh dilakukan sekiranya ia dapat membuatkan anak anda
tersenyum serta membuatkannya berhenti menangis. Ajak anak menari dengan gaya yang disukai kanak-kanak seperti tepuk tangan, supaya mereka terhibur tetapi pada masa sama, berasa rapat dengan anda.


12. Tukar pakaian bayi

Ada fabrik yang kasar pada kulit bayi hingga menimbulkan rasa tidak selesa dan
akhirnya bayi menangis. Oleh itu, tukar pakaiannya kepada yang lebih selesa dan pastikan pakaian bayi diperbuat daripada fabrik lembut dan tidak panas seperti kain kapas.


13. Mandikan bayi

Bayi yang meragam sepanjang hari mungkin berasa tidak selesa atau ruam akibat lampin. Mandikan bayi dengan sabun yang mengeluarkan bau menenangkan dan sapukan tubuhnya dengan losen atau minyak mineral yang menghindarkan masalah ruam.


14. Urut bayi

Mengurut antara cara untuk menenangkan bayi. Sentuhan kulit ke kulit bukan saja menenangkan bayi tetapi hubungan ibu bapa dengan anak juga menjadi semakin rapat.


15. Kurangkan rangsangan sekeliling

Terlalu banyak rangsangan di sekeliling boleh membuatkan bayi terganggu, seterusnya menangis dan meragam. Bagi menenangkan bayi, cuba malapkan cahaya lampu, asingkan permainan yang banyak dan mengurangkan bunyi bising.


16. Bedung bayi

Bagi bayi kecil, mereka berasa tenang dan selamat apabila dibedung dengan kain dan dipeluk ibu bapa. Ini kerana bagi si kecil ini, keadaan yang terbuka menakutkan mereka. Oleh itu, sebaik-baiknya bedung bayi kecil, bukan saja mereka akan berasa hangat, ia juga membantu bayi tidur dengan lebih nyenyak.


17. Gunakan bunyi menenangkan

Ada sesetengah bunyi mampu menenangkan bayi apabila ia berbunyi terus-terusan contohnya bunyi kipas berputar atau bunyi kerincing angin yang digantung di tempat berangin.


18. Beredar dan menenangkan diri

Sekiranya semua cara yang dilakukan tidak mampu menenangkan bayi dan anda mula hilang sabar, tinggalkan sekejap bayi anda di tempat yang selamat dan tenangkan diri terlebih dulu.

Berfikir positif dan memahami bayi anda tidak melakukannya dengan sengaja kerana dia tidak memahami apa-apa dan masih kecil.


19. Bawa bayi bertemu doktor

Anda juga boleh membawa bayi bertemu doktor kanak-kanak bagi membuat pemeriksaan untuk memastikan tangisan bayi bukan berpunca daripada masalah kesihatan yang serius.






You Might Also Like

10 apa kata anda?

  1. sama jer zai... ash pun dah mula kenal orang dan tak nak kat orang, asyik nak kat mummy jer... hu hu hu, pakat diaorang ni gamaknya...

    ReplyDelete
  2. yeke farah?jenuh la kita.xleh wt keja apa la cmtu...wuuuuuuuuuu

    ReplyDelete
  3. Sama ngn baby kak G..x nk dkt org juga..klau ada sy, ngn hubby pon kejap nk n kejap x nk..

    ReplyDelete
  4. Oooo...maybe pangai time2 umo cmni dia jd lagutu kot no kak G?

    ReplyDelete
  5. memang kadang jadi macam tue kak zai. masa nie memangggggg menguji kesabaran sungguh. alhamdulilah kira dh terbiasa duduk sorg takde abi dia. jadi boleh handle perasaan marah dan geram tue huuu.

    kena istighfar byk2. kunci dia. lebih baik kita bermain dengan dia 10 minit dari memujuk sejam. ;)

    ReplyDelete
  6. tu la kiera.dia dh x pndg dh abah dia.smua nk mama dh lani.jenuh2.mlm2 pon xmau abah.naya ja

    ReplyDelete
  7. makaseh kak zai bg tips......sgt sgt brguna utk bakal ibu niee..hehehhehe

    ReplyDelete
  8. Sama2 kasih Su...ala...k.zai pon dok blajaq2 gak ni

    ReplyDelete
  9. macam tu lah baby kan, meragam ni mainan bagi mereka, kita ibu ni yang bimbang akan keselesaannya, tapi bila dah besar nanti pasti akan merindui saat2 manis ketika mereka masih bayi..salam ukhwah zai

    ReplyDelete
  10. ana...huhuhu..bg 1st timer jd ibu cmni la.jenuh dok bljr psai anak ni

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^