Selamat hari ibu,mak

11:11 PM

Assalamualaikum

Amboi...sana sini orang dok UP gambaq depa dengan mak depa no.Tak tahan tengok...meh nak UP sekeping gambaq saya dengan mak.

Nah...kasi UP gambaq sebelum pi Mekah 2011 dolu.Dok tercari-cari pic berdua yang terkini takdak la plak.Bukan tak tau pangai mak...susah sungguh nak bergambaq.Ni pon paksa sebab kata nak anta mesej kat abang dokte tunjuk baju kami beli nak ke Mekah.

Kalau saya buat ucapan di sini pon bukan mak saya baca pon so saya takmo buat ucapan memacam cuma nak cerita betapa saya bersyukur sangat-sangat ada seorang ibu macam mak saya.

Saya bukan la kategori yang rapat dengan mak.Saya paling rapat dengan arwah ayah walaupon cuma saya sorang ja pompuan dalam keluarga.Tah...saya memang tak betah nak cakap or bermanja dengan mak.Lain plak dengan arwah ayah.Manja siap peluk-peluk bagai walaupon dah besar.

Bila arwah ayah meninggal saya tengok mak rilek ja.COOL ja.Tak menangis pon masa jenazah arwah ayah di usung untuk dikebumikan.Tak nampak pon setitik airmata mak mengalir.Saya yang lebih-lebih meraung bagai nak gila.Kekuatan diri saya masa tu cuma ada pada arwah ayah sampaikan saya terpikir yang mak memang tak sayang arwah ayah.Malam selepas arwah ayah dikebumikan saya tido sebelah mak di tempat tido arwah ayah.Waktu tu la saya terdengar esak tangis mak.Oh...rupa-rupanya mak takmau anak-anak,sedara-mara dan jiran tengok dia menangis.Betapa TABAHnya hati mak.Sejak malam tu la saya berazam takkan cari keja jejauh dari mak.

Bila dah keja saya cuba mewahkan mak.Saya tau mak dah banyak sangat berkorban untuk membesar dan menyekolahkan kami 6 beradik.Tapi mak tetap mak.Tak pandai meminta-minta.Bila di tanya nak apa mak sendiri pon tak tau.Mak MALU nak minta anak-anaknya beli itu ini.Anak-anak lelaki mak sorang pon takda yang romentik or sweet sweet.Terpaksa la saya wat-wat tanya soklan bodo bagi hint soh abang-abang beli sesuatu untuk mak.

2011...mak yang bagi cadangan kat abang dokte nak ajak saya ke Tanah Suci menunaikan haji.Allah...terkedu saya waktu tu.Bukan tak sudi nak ke sana tapi takut.Saya yang serba naif ilmu agama dan perangai yang tah apa-apa mampu ke nak ke sana?Saya paksa mak bawa abang ke 2 tapi mak tetap berkeras nak pergi dengan saya.Kata mak ''Cuba dulu pi sana.Mana nak tau lepas balik nanti jodoh tu ada.''
Itu yang mak pikirkan.Ya...saya tau mak risau akan saya yang tak kawen-kawen lagi masa tu.Risau anak dara sorang ni takda sapa yang nak.Saya?Dah malas nak pikir bila putus tunang dulu.

Sehebat-hebat perancangan adalah perancangan dari Allah

Pulang dari Mekah rezeki datang bergolek-golek.Saya dapat sambung belajar sponser dari company.Lepas tu datang 2 3 orang datang merisik.Yang memaksa saya berhijrah jauh dari mak saya tolak dan saya terima risikkan dari suami sekarang.Alhamdulillah tak sampai 3 bulan dari tarikh merisik tu kami bernikah.Sekarang dah ada anak sorang dah pon.Memang semua ni datang dari Allah tapi mak yang jadi perantaraan.

Sekarang bila saya dah jadi seorang ibu baru la saya faham apa yang ada dalam hati mak.Seboleh-bolehnya kita nak yang terbaik untuk anak kita.Kita kena jadi kuat untuk anak dan suami.Kita kena laksanakan tanggungjawab yang Allah amanahkan pada kita.Baik pada DIA yang satu, pada anak dan suami juga pada mak.Beruntungnya kita masih punya mak.Ceria rasanya Hari Raya bila ada mak.Semua adik-beradik berkumpul demi mak.

Buat ibu-ibu di luar sana....Selamat Hari Ibu.Hargailah jasa ibu anda.


You Might Also Like

6 apa kata anda?

  1. berserinya dua dua pakai serba putih bersih...

    ReplyDelete
  2. sebak pulak baca entry kak zai nie ;(((( sehabis mungkin mak berkorban untuk kita dari kita kecik kan. dah besar nie rasa bersalahnya kalau buat yg bukan2 kat mak.

    sebab tue kira marah kalau tgk org lain buat bukan2 kat mak dorg. tak suka sgt.

    ReplyDelete
  3. kiera...k.zai touching sgt bl tgk org wt x btl kt org tua2 n OKU...geram

    ReplyDelete
  4. skrg akak tinggal mana?
    mksud saya masih dkt dgn mak la..
    kalau dkt untungla.

    alhamdulillah...
    rezeki dari Allah kan.doa ibu :)

    ReplyDelete
  5. Qaseh...sewa asing dh tp dkt2 umah mak juga

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^