Pabila mama join Labour Day Fun Run

9:29 AM

Assalamualaikum

10 May 2014~Sabtu mama pi kilang dengan pakai baju sukan.Bangun awai macam nak pi keja macam hari-hari biasa.Sediakan makan Aqil sesiap.Malam tu jugak mama tak lena tido memikirkan esok tu nak lari.Tak sabarnya.

Tengok hadiah-hadiah kata atas meja tu yang jadi lagi tak sabar.Kot-kot dapat rice cooker ke sedap gak tu.
 Yang beg biru tu goodie bag.Lepas abes lari baru dapat.Ada air 100 plus, mineral, roti 3 bungkus dan bekas air serta sijil penyertaan.

Tak ramai pon yang join event ni coz ni la pestime company wat acara larian.Sebelum-sebelum ni buat treasure hunt, bowling, badminton dan futsal.Yang tu ramai sungguh yang join.Larian ni boleh bawa pasangan dan anak tapi mandangkan Aqil pon kecik lagi saya tinggalkan dengan abah je la.

Sebelum larian moh le regangkan badan dulu.Jangan tak tau saya ni tak penah-penah jogging lagi sesejak mengandung sampai la ke hari kejadian.Dah 16 bulan kot tak excercise teruk-teruk.Last sekali saya pi hiking kat Pulau Jerejak tu la.Lepas tu dah tak wat aktiviti lasak sebab turun darah masa pregnent.
Dok kat belakang-belakang je la

Jam 8.10 pagi acara pon bermula.Lari kot kawasan kilang-kilang sejauh 4 kilometer.Masa ni la kejadian tragis terjadi.Mula-mula tu semangat dok lari dengan kak Rose.Rasanya baru 1 kilometer saya dah berhenti dan berjalan pelan-pelan sebab sakit kat bahagian bawah perut tempat operate tu.Terus suruh kak Rose lari dulu.

Jalan sikit lari jalan sikit lari.Memang sakit sangat-sangat bila lari.Adussss....bala ni bala.Mau tak mau saya jalan je la.Naseb la saya bukan la antara orang yang terakhir tapi hat belakang-belakang jugak la.Abeskan 4 kilometer dalam masa 40 minit....huhuhu...Orang 1st yang sampai lari dalam masa 15 minit je...uhuk...

Sampai-sampai ambik goodie bag terus saya duduk.Kawan-kawan dan bos tanya awat lambat sangat.Saya just cakap kejang kaki padahal.....
Tengok orang len seronok ja dok makan minum air dan roti dari goodie bag tu tapi saya just nak rehat ja.Tahan sakit Y___________Y

Yeayyyy....dapat gak abeskan larian Y___________Y
Sesambil rehat tu tunggu la cabutan bertuah ikut nombor giliran yang ada kat belakang sijil.Tunggu punya tunggu nombor tak naik-naik.Sob...sob...sobbbbs....HAMPA + SAKIT.

Rezeki depa....sobbbbs sekali lagi.Eh...ada akak tu dia dapat blender dan anak dia dapat shaver elektrik Philips.Rezeki berganda-ganda sungguh.Tak sia-sia dia mai usung bawa anak-anak dan suami.Dah la budak-budak yang join larian ni dapat baucer Sunshine dapat eskrem.Sonok depa.

Muka-muka ceria dapat cabutan bertuah
 Balik tu bos wasap hadiah dia dan sepupu dapat.Sobbbs sekali lagi Y_______Y
Saja la tu nak perangat saya.

Hari Isnin tu pi keja macam biasa.Pastu ada akak-akak ni marahkan saya cakap pepandai ja join lari-lari ni sebab baru lagi bekas operate tu.Ye...saya tau tu.Kalau tak saya tak sakit la.Balik tu nak bangun ja dari duduk rasa sakit kat hujung dua-dua belah tempat jahit tu....wuuuuuuuuuuu....Saya silap sebab tak tanya orang.Lagipon badan kita tak sama.Ada setengah orang cepat ja sembuh jahitan yang belah dalam.Ada orang lambat sikit.Lepas ni saya join event yang biasa-biasa je la.

Tapi apa-apa pon saya bangga dapat abeskan larian dalam masa ditetapkan dari depa yang dok cakap-cakap saja tapi tak join...hihihi...

You Might Also Like

6 apa kata anda?

  1. farah...sonok dlm sakit...sobbbbs

    ReplyDelete
  2. Ya Allah kak zai sajeeeeeee cari bala kan. haa la kak zai tue baru je lagi. sedangkn kira yg dh 8 bulan lebih nie pun mama tak kasi angkat berat2 lagi. ini kan pulak nak lari2 grrrrrrrrrr

    mykid tue kata depa dah boleh buat masa bulan 5 nie

    ReplyDelete
  3. hihihi...kiera...x tau tu yg ter join tu

    ReplyDelete
  4. salam singgah. rasanya kena banyak rehat pulak tu. takpa, pengajaran kan. sabar ye :)

    ReplyDelete
  5. umi...tu la...pnya eksited nk lari smpai lupa yg kena operate

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers