Lesen | Tak sampai 10 minit pon

3:54 PM

Assalamualaikum

Hari ni saya AL.Cuti nak renew lesen yang mati masa besday saya Sabtu lepas.Kan JPJ kuarkan lesen baru so nak la buat ambik gambo baru.Lain dari IC.

Lepas sarapan bagai ingat nak anta Aqil ke rumah pengasuh pastu nak setelkan lesen dan melawat kawan di HSJ tapi abah tak bagi plak.Abah soh bawa Aqil sama.Baiklahhhhhhhhhhhh      T___________T
Baru nak fefeling bujang dah kena usung debob plak.
Sampai JPJ Seberang Jaya pukul 11.30 pagi camtu tetiba plak debob lapo susu.Susukan dulu bagi puas cikit pastu masuk setelkan urusan.

Ambik angka giliran.Baru nak duduk dah kena panggil.Pi kaunter buat pengesahan dan bayaran bagai dapat slip ni.
Renew 2 tahun terus.Pastu tunggu kaunter 1 atau 2 panggil.Baru duduk tak sampai semenet dah kena panggil.Memula taknak snap pic pon sebab dok pegang Aqil tapi tetiba akak kat kaunter 1 kata nak tolong pegangkan Aqil terus jadi snap.Naseb la Aqil nak kat orang time tu.

Pastu duduk tak sampai 5 minit dah dapat lesen baru.Auwwww.....gambar cantik sikit dari IC padahal muka tak berbedak apa pon.Main belasah ja sebab ingat dah bawa Aqil sapa nak pegangkan so nak pakai ja gambar IC.
Saya rasa semua kaunter yang saya pi tadi semua mesra pelanggan.Ke sebab ada dak debob ni yang depa jadi mesra pelanggan...hihihi...
Masuk keta suapkan Aqil bubur nasi.Saja bawa bekal sesiap takut debob lapar.Urusan tak sampai pon 10 minit tapi jadi lama sebab bagi Aqil susu dan makan.Boleh ja kalau balik umah dulu tapi nak ke HSJ plak melawat kawan yang admit sebab demam panas.

Pukul 12.40 tengahari tala ke HSJ.Parking full la pulok time cenggini.Memusing-musing cari parking.Naseb la Aqil dah kenyang.Takde la dia buat perangai ke apa.

Sampai wad 10 bilik 4 intai-intai kawan tu tengok perut dah flat.

Eh...dah bersalin ke?Semalam wasap cakap takde tanda-tanda pon.

Masuk bilik tengok kawan dah selamat pon bersalin baby girl pagi tadi.Ala...tak sama date besday.Kawan admit hari Jumaat sebab demam panas dan jantung baby berdegup lebih dari 200.Hampir-hampir nak kena operate tapi Alhamdulillah jantung baby kembali normal dan demam mummy pon turun.Kami dok meneka-neka bila dia nak bersalin.Kalau 17/5 sama dengan saya.Kalau 18/5 sama dengan Ty tapi masih takde tanda-tanda nak bersalin.Tup-tup pagi tadi pukul 4.30 camtu turun tanda dan selamat bersalin secara normal jam 9.30 pagi camtu.Alhamdulillah....

Takpe la baby....tak sama date pon takpe janji besday kita sederet.

Tahniah untuk Puan Diba dan Edy dengan kelahiran baby girl ni.Syok la dah ada girl.Nomey angat baby ni tau.
Moga baby jadi anak yang solehah untuk mummy daddy tau.

You Might Also Like

8 apa kata anda?

  1. omey sangat baby tue. moga lepas nie kalau ada rezeki kita dapat baby girl pulak kan kak zai kihkihkih

    nasib Aqil pun memberi kerjasama. kalau tidak jenuh la mama hihihi

    ReplyDelete
  2. hihihi...moga2 la dpt baby girl plak psni...

    ReplyDelete
  3. haah, skrg lesen memandu dah baru kan.. cun sikit ;)

    tq singgah di blog Alycia ;)

    ReplyDelete
  4. Alycia...tu la.nmpk la standard ckit

    ReplyDelete
  5. Ala comeinya...cantik lesen skrg.. Pas2 sat ja dh dpt... Saya renew terus 4 tahun..

    ReplyDelete
  6. farhana...tu la..cntik lesen skrg.nmpk cam mykid pon ada...hahahaha

    ReplyDelete
  7. uols kejap je dah dpt lesen
    ritu iols g rene lesen nak dekat sejam lebih..pas2 gambar pulak blur n ntah ape2..angin je...salah iols jugak asik nak tergelak je ms nak tangkap gambar..nah rskan gambar xelok pung..tp nasiblah lesen je pun sape nak tgk haha

    ReplyDelete
  8. EL...tu la.igtkn lmbt tu yg bw bekal Aqil sesiap.tgk2 kejap je....adehhh

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^