Masa berkualiti kami anak-beranak

2:18 PM

Assalamualaikum
 
Cemana saya nak mulakan cerita.Nak jugak share masalah kecil-kecilan saya di sini sebab ada orang pikir keadaan hidup saya sangat sempurna.Saya suami isteri cuma ada sedikit masa berkualiti walaupon kami tinggal bersama.Walaupon bukan PJJ macam setengah pasangan yang lain.
Kekadang ada kawan-kawan sedara-mara jiran-jiran tanya
 
'pasaipa selalu tengok gambar hang dengan anak ja.mana laki hang?'
 
'balik berdua ja.laki hang mana?'
 
'laki hang sibuk sangat ka sampai tak balik umah mak mertua pon'
 
Soalan-soalan biasa dengar sampai kekadang malas nak layan.
Ya...memang boleh dikatakan tetiap minggu saya akan balik umah mak or mertua berdua dengan anak.Jarang sangat la dapat balik bertiga walaupon rumah kami dengan mak memasing dekat tet ja.30 ke 40 minit ja perjalanan tapi disebabkan masa berkerja kami yang tak sama makanya jadi camni la.Nampak macam bujang pon ada.
masa balik umah tok besah dengan Aqil
 Bila ada kenduri-kendara sepupu sepapat baru la nampak batang hidung kami anak beranak dok makan bersama.Kalau tak mesti pi kenduri berdua ja dengan Aqil.
 
 
Kekadang ada jugak yang tanya
 
'hang boleh harap ek suami hang jaga anak pagi-pagi pastu anta pi mengasuh.ambik dari pengasuh pon dia jugakkan?kalau aku la...aku tak harap.'
 
'laki aku suruh jaga anak sat pon tak boleh.baru suruh jaga nanti mesti dia pi hantaq kat rumah mak dia.'
 
Saya akan kuar keja seawal jam 6.45 pagi dan balik sampai rumah lebih kurang jam 6 petang.Cuti hari Sabtu Ahad jika takda urgent report or data yang bos nak.Kalau tak maybe wat OT Sabtu Ahad tu.
Suami plak kuar bekerja jam 9.30 pagi dan akan balik berehat jam 4.30 petang.Malamnya pi kerja sekali lagi jam 8 malam sampai jam 1 pagi.Sebab tu saya suruh suami ja yang anta dan ambik Aqil dari rumah pengasuh.Kalau harap saya anta ambik Aqil waktu petang rasanya Aqil dapat jumpa abahnya 2 jam ja setiap hari.Malamnya Aqil dah tido so bila masa plak dia nak kenal abah dia.
 
Ada plak tanya
 
'awat laki hang dok keja teruk-teruk sampai malam?'
 
Dengan keadaan kos sara hidup yang tinggi sekarang ni terpaksa la kerja lebih sikit untuk keselesaan keluarga.Lagipon kami memang dalam proses beli rumah so kat situ banyak duit nak guna nanti.Lagipon kita nak yang terbaik untuk anak so sanggup la bersusah sikit cari duit.Nak kata kami rajin pi bercuti tak juga.Susah la nak bercuti lama-lama.
 
Hari Rabu suami off keja so satu hari suami la yang akan jaga Aqil.Suami akan usung Aqil pi ke mana dia pi.Kalau ada orang nak sewa lori pindah rumah or barang takpon nak ambik stok barang meniaga baru la suami akan anta rumah mak mertua.
 
So semalam lepas ja balik keja saya siap-siap sementara tunggu suami dan anak balik dari rumah mertua.Pi meronda kat RnR...pi soping barang dapur dan pi makan kat luar.Naseb la anak mood baik dok dalam carier ja so mak pak leh la makan ketam dengan tenang.
 
Kalau nak tunggu Sabtu Ahad bersantai-santai jangan mimpi la.Kekadang rasa dengki iri ati jugak tengok orang lain pi sana sini hari cuti dengan anak suami.Bila pikir balik suami saya dah nak tolong jaga anak tu pon saya dah cukup besar rahmat sangat.Walaupon kami jarang kuar santai bercuti macam orang lain tapi Alhamdulillah keadaan sekarang ni dah cukup terbaik buat kami.

You Might Also Like

8 apa kata anda?

  1. Kakzai,kita kena sentiasa positif.dr pk ckp org baik kita pk kebaikan dan kebajikan yg laki kita dh bg

    ReplyDelete
  2. kami rasa nak nanges baca entry kak zai. ;(((

    betoi kak zai, byk kita kena korban demi masa depan yg terbaik untuk family kecik kita.

    orang boleh cakap ape je yang dorg nak, tapi yang lalui hanya kita dan Allah je yang tau.

    tahniah kak zai sebab kuat berdikari tanpa suami, setengah orang semua nak harap dengan suami, bukan lah kata tak boleh. bukan jugak dengki dengan depa, tumpang bahagia.

    tapi ketahuilah suatu hari nanti kalau ada emergency pape yg perlu kita buat tanpa suami, at least kita tak kalut, at least kita tak rebah :)

    ReplyDelete
  3. jalan hidup kita tak sama zai. masing2 ada jalan masing2. cara masing2. depa tak boleh la nak samakan kita dgn si A si B si C.

    asalkan kita bahagia dgn cara kita. yang penting Allah redha. :)

    ReplyDelete
  4. X pa tunk aslkn kita tau mslh kita n biarkn org nk ckp apa..biasa ler mnusia suka sgt ckp benda2 yg negative..mmg now duit lajuss ja keluar mcm air. Ada anak ni mmg byk kena berkorban kn..alhamdulillah bila uols dlm process nk beli umsh.. Akak still stuck nk dptkn umah kt penang ni..umah yg ada pon kt kedah sinun tp jauh lak nk berulang..so tawakkal jer ka dgn dok sewa umah kt sini yg tisp2 thn naik...comey bb..:)

    ReplyDelete
  5. ju...tu la...dlm positif2 tu kdg2 tsasar gak...sedih bl tgk org len sronok

    ReplyDelete
  6. kira...makaseh...hihihi.
    tu sbb kak leh smpai knduri GK bdua wlaupon jauh.klau x p bl lg nk jmpa dik bradik KBU so bdikarilah...hihihi

    ReplyDelete
  7. tu la riena.jln hidup kita cam len.x sama.lebih byk bdikari sndiri bsama anak

    ReplyDelete
  8. kan kak gie...duit la laju ja.RM50 pi pasar mlm pon leh abis camtu ja.tu sbb kena keja keras ckit.ada lebih kita simpan.mn nk tau kot2 ada rezeki dpt anak lg ka...hihihi

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers