Kelambu khemah | Nak sihat, charlie atau nyamuk?

9:24 AM

Assalamualaikum

Semalam masa lunch tak kuar.Dok sembang-sembang dengan kengkawan sembang itu ini sampai la bab kelambu.Kat rumah saya memang tido pakai kelambu.Dari kecik dok umah mak sampai la ke muda remaja ni memang tido pakai kelambu.Tapi kat umah mertua tak pakai kelambu.Memang susah nak tido bila takda kelambu.Rasa lapang ja kat atas.Mata pon asik pandang bumbung klip pok klip pok takleh lena.

Masa baru-baru kawen pakai kelambu yang biasa tu.Yang gantung tapi memang nampak tak cantik la bergantungan dalam bilik.Semak ja tengok.Tapi sesejak dah ada Aqil ni kami tukar ke kelambu khemah camni.Tapi yang kat umah tu ada 2 pintu.
Since Aqil pon dan pandai golek-golek so kami ambik keputusan takyah pakai katil.Just tilam ja kat bawah.Almaklum la...mak pak Aqil ni tido sopan sangat.Takut-takut Aqil jatuh kat bawah plak.

Kengkawan tanya tak panas ke?Panas tu memang la panas untuk yang tak biasa tapi bagi saya tu normal.Lagipon pasang 2 kipas ko.Satu hala kat kiri satu hala kanan...hahahaha...

Kenapa saya suka sangat kelambu khemah ni?

Kelambu khemah ni senang dipasang dan dibawa ke mana.Ia amat berguna kalau nak balik kampung tapi tak penah lagi la saya bawa balik umah mak sebab kat sana pon dah banyak kelambu.Tak perlu susah-susah nak sangkut-sangkut kelambu.Juga sesuai untuk dibuat sebagai kawasan anak-anak bermain di rumah, tak perlu beli pagar mahal.Hat ni memang saya buat.Kekadang nak wat keja sikit tapi Aqil takmo tido lagi.Dah besarkan so asik la nak main.Saya masukkan Aqil dalam kelambu ni dengan mainan bola,ikan dan ulat dia.So tak risau dia nak jatuh ke apa...hihihi...

Kawasan umah saya ni memang banyak nyamuk.Dulu masa mula-mula pindah sini tetiap minggu memang ada fogging.Baru ja mop lantai minggu ni minggu depan Jabatan Kesihatan mai sembur lagi.Tensen tau.Dah la minyak melekit-lekit.Kena mop banyak kali baru bau minyak tu ilang.
Bila tanya kat security bawah tu dia cakap ada orang kat tingkat berapa-berapa kena denggi.Owh...saya memang takut bab ni.Saya bukan tak suka pakai penyembur nyamuk tapi macam takda kesan.Yela...zaman serba canggih.Nyamuk aedes pon dah makin kuat dek pembiakan dengan air-air asid.Mana nak lut dengan ubat nyamuk ni.Tak gitu?

Lagi satu saya nak elakkan Aqil terkena menatang charlie ni.Masa Aqil 3 bulan dia dah terkena charlie ni kat dahi tepi mata dan bawah dagu.Dah la dagu berlipat-lipat mana mama nak perasan kena charlie.Aqil asik menangis ja.Belek punya belek rupanya ada air bisa kat dagu tu.

Lebih kurang camni la kalau terkena charlie.Saya dulu masa nak bersalin pon kena charlie kat belakang badan.Masa dokte nak cucuk ubat bius tetiba dokte tak jadi cucuk.Dokte ingat luka charlie tu alahan.

Eh...kawasan area umah saya tu memang banyak menatang nama charlie ni.Kalau dah sampai masuk paper tu kira memang takleh wat apa la kan.

Seberang Jaya dengan Ampang Jajar 5 minit ja kot?So nak protect diri dan anak time tido takpe la panas sikit-sikit.Kang kalau anak sakit nangis-nangis lagi susah.

Kredit to enchik Google untuk semua pic.




You Might Also Like

14 apa kata anda?

  1. Assalamualaikum awak.. nice sharing.. charlie tu nyamuk juga ke? sheila pun ingat nak beli kelambu ni.. senang nak baring dengan anak sekali masa berpantang nanti. hihi singgah menabung whisper sini~~~

    ReplyDelete
  2. Wslm...beli shiela...x rugi sbb sng nk simpan

    ReplyDelete
  3. nadh pun kena menatang charlie nie kak zai. pelik jugak dia kena kat mana. nak kata kat alor setar nie. alhamdulilah la kira dgn anak xpernah kena. tapi dia pulak kena.

    rupanya kat ampang jajar nun. risaunya. mana kak zai beli kelambu khemah tue? pm kira kak zai

    ReplyDelete
  4. Kiera...klau sbrg jaya ni mmg byk charlie.errr...abg beli khemah tu xtau kt mn

    ReplyDelete
  5. Dahsyat kelambu sekarang kan Zai...
    Okje tak pernah dengar pasal Charli nilah Zai ...Ngeri jugak kalau kena gigit kan...

    ReplyDelete
  6. Dahsyat kelambu sekarang kan Zai...
    Okje tak pernah dengar pasal Charli nilah Zai ...Ngeri jugak kalau kena gigit kan...

    ReplyDelete
  7. bagus juga kalau ada kelambu moden macam ni kan !

    ReplyDelete
  8. Okje...kelambu moden zmn skrg...sini mmg byk charlie.ikut musim

    ReplyDelete
  9. KA...tu la...bgus sgt.xdela nmpk serabut

    ReplyDelete
  10. hostel dan charlie mmg xboleh dipisahkan haha

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers