Aqil Najmi oh Aqil Najmi

2:16 PM

Assalamualaikum
 
Nak bercerita serba sedikit perihal Aqil Najmi di usia 6 bulan.
 
Sekarang ni dah kenal orang dah.Ada sesetengah orang kalau dukung dia tak nangis dan ada plak dia dah start cebik-cebik mulut pastu meleleh air mata.
Hari Sabtu suami bawa pi melepak dengan kengkawan dia.Kawan-kawan suami pakat dukung.Dekat belas-belas orang gak la.Dia lagi gelak suka ada la.Lepas depa passing ke saya ribakan dia terus lena.Letih kena ulik dengan uncle-uncle dia.
Rabu lepas plak suami anta kejap Aqil ke rumah kak ipar nak ambik saya balik dari keja.Mula-mula dia ok tapi lepas tu terus dia menangis macam orang pukul dia.Bagi susu, bawa jalan, bagi mainan semua dia tak mau.Last-last kak ipar letak dalam buai dan tidurkan dia.Sepanjang hayun tu dia menangis meraung.Lama-lama baru la terlena.Masa saya dan suami sampai tengok Aqil menangis dalam tido.Tersedu-sedu tapi mata tutup.Angkat ja dia tengok je muka saya dan suami terus gelak mengekek.Ala...dah pandai cam orang ye sayang.Nampak-nampak macam dia suka kat lelaki ja.Kalau pompuan ni taktau la nak kata.
 
 
Bab makan Aqil tak memilih.Semua dia makan tapi puree buah-buahan je la.Bagi la rasa apa pon semua dia telan...hahahaha.Kalau lambat suap siap nangis jerit-jerit.Kekadang saja la usik kata dah abis dah lagi la dia menjerit minta makanan.Masa memula bagi makan dulu cuma 3 sudu besar je sekarang dekat satu tuperware kecik pon boleh abis.Hai la anak...kuat makan macam mama abah ja nampaknya ni.
 
Semalam masa tido Aqil asik la kaleh belah kiri kaleh belah kanan sambil mata pejam dan mulut dok potpetpotpet bahasa dia.Dekat sejam jugak la dia macam tu.Serba tak kena dia.Buat macam-macam tepuk-tepuk bagi susu semua dia takmau.Last-last saya buka stokin dia baru la dia tido sampai pagi tadi tak bangun-bangun.Amboi...nyenyak tido nampak.Masa salinkan pampers dia pagi tadi pon tak jaga.Selesa la tu tido tak pakai stokin tapi mama yang risau takut Aqil kembung perut.Nak bagitau takmo pakai stokin tak reti lagi so dia bagi isyarat camtu la.Naseb la mama leh terpikir.Kalau tak sampai pagi la sayang dan mama takleh tido.
 
Sekarang ni Aqil dah makin rancak bercakap.Paling kerap di sebut abbaaa....abaaaa....abbaaaa...Kembang idung-idung abah konon Aqil asik panggil abah.Ala...tak jeles pon.Memang baby besar-besar tu cakap camgitu.Mama pon sama melayan cakap dengan Aqil bahasa dia gak...kehkehkeh...kengkunun cakap dengan anak camtu anak paham la.
 
Emmm...apalagi ye nak cerita selain meniarap, menyulur dan angkat badan tu.Yang tu nanti-nanti kita cite lain plak.Takde apa dah kot.Doa mama abah buat Aqil moga Aqil senantiasa sihat, cepat belajar, cerdik dan menjadi anak yang soleh.Amin.

You Might Also Like

10 apa kata anda?

  1. macam uwais la. dgn pompuan xmo sgt. dgn laki ok. geng katanya kot. hahahaha

    uwais sejak dah boleh makan kira tak risau dia xpkai stokin dah. sebab perot dia dah mula nak matang. dgn harapan x mudah kembung. teori si ummi uwais jela nie hahahaha :p

    ReplyDelete
  2. hehehe comel.. alhamdulillah dah membesar dgn sihat & jayanyer yer

    ReplyDelete
  3. kiera...oho...nk laki je ka?xtau la plak tp dok nmpk2 camtu la jugak Aqil ni.

    Kita tkut kembung tu yg pkaikn stokin

    ReplyDelete
  4. KA...Alhamdulillah...nmpknya begitu la

    ReplyDelete
  5. Ash pun dah mula kenal orang... ada sesetengah orang dia tak mo jugak zai...

    ReplyDelete
  6. yeke farah...cpt cerdik dh bdk2 skrg ni

    ReplyDelete
  7. alhamdulilah, perkembangan yg sihat utk baby..

    tq singgah blog Alycia ;)

    ReplyDelete
  8. tenang skit bila baby dah 6 bulan..
    ms time 0-3 tu mmg tahap kesabaran gak lah nak mejaga hehehe...
    hahah xmau pakai stokin smpi lena tido smpai pagi..ekekek comel anak uols

    ReplyDelete
  9. El...hahaha...tu la.ngada2 xnk pkai stokin dh dia ni

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers