Perkembangan Aqil masa 3 bulan ni

9:29 PM

Assalamualaikum

Lama gila tak update blog.Bz sangat-sangat sekarang ni sebab start dari hujung bulan doblas sampai la awai bulan dua ni company banyak shutdown dan banyak gak public holiday.Jadinya time satu-satu projek jadi delay.So masa hari keja biasa memang bz.Hari cuti bz hal kat umah plak.Takdan nak jenguk sangat blog orang.

13 Jan haritu checkup Aqil 3 bulan.Berat dah 6.9 kg dah time tu.Kusss semangat.Patut la mama dia ni tak larat dah nak dukung lama-lama.7 kilo dah.
Set baju Starbuck dan suar askar size 1 tahun pon Aqil dah padan.

Aqil dalam proses nak kaleh badan nak niarap tapi still tak berjaya tanpa bantuan mama abah dia.Bila dah lama dok kaleh tak boleh-boleh Aqil mesti menangis bebai.Kesian kedia so tolong kalehkan Aqil.Terus suka bila dapat meniarap.
Budak gigih nak nerap
Satu lagi pangai Aqil dapat di kesan.Kalau dia tak tido masa dalam baby seat dia...klau berenti keta lama-lama Aqil akan bebai.Bila dah start bebai keta dah jalan balik pon dia tetap bebai.Kena benti keta kat tepi dan pujuk dulu sampai dia ok.
Bebai benti kat traffik light lama sangat

Baru-baru ni mama terpaksa kerja direct Sabtu Ahad.Serah kat abah suruh ngasuh.Bila col tanya abah anak wat apa abah kata tido.So mama pon lega la.Balik keja mama tengok Aqil tido.Dah malam sikit baru mama pegang Aqil sebab tido lama sangat.Nak kejut bangun.Pegang badan Masyaallah badan punya panas.Terus mama bebel-bebel kat abah kata anak demam.Check suhu dah 38.5 dah time tu.Terus mama lap-lap badan Aqil tu.Bila Aqil dah bebel-bebel sikit terus mandikan dia.Basuh rambut dia yang lebat tu.Pastu pi kinik ambik ubat.Alhamdulillah sekali makan ja demam dah kebah.Mana taknya...ubat botol cinonet rega RM40.Nak cari panel klinik 24 jam taktau kat mana so redah je la kinik apa ja yang buka hari Ahad tu.
Dah sihat sikit....dah leh bebel-bebel

Dah 3 bulan ni mama belikan Aqil ulat Lamaze musical.Ni la reaksi Aqil masa dapat ulat tu.
Main-main pandang mama....main-main pandang mama.Takut mama ambik ulat dia leteeeewww....
Mainan pertama Aqil

Semalam dok rehat-rehat kat umah sempena CNY.Dok kemas-kemas bakul baju Aqil terjumpa topi ni.Abah belikan Aqil topi ni masa dalam pantang lagi.Masa tu kepala pon kecik.Tak padan.Sesaja la boh kat Aqil sekali muat la.Comey tak???
Topi dan baju abah beli masa dalam pantang

Satu lagi pangai Aqil yang mama dapat tangkap bila time tido mesti bantal peluk dia ni kena tutup muka.Kalau tarik letak tepi mesti terjaga.Pastu nanti mesti dia tutup balik muka tu dengan bantal tu balik.Saja ja wat mama dia risau.
Tidoq pesyen baru
Errr....errr....apalagi ek?Cam takleh nak ingat ja...hehehe....Nanti-nanti kami update len na.

You Might Also Like

8 apa kata anda?

  1. semngat bdn die.
    membesar bagai johan ye aqil..
    hihi..
    rase nk cubit2 je pp aqil.. geram sgt ni..

    ReplyDelete
  2. Comelnya teringat Ank Buah Sy...

    http://shafiqhashim.blogspot.com/2014/01/2nd-giveaway-by-nabilamedan.html

    ReplyDelete
  3. Ezy...jgn la cubit jgn la cubit...hik3

    ReplyDelete
  4. hehe sonok baca citer aqil..waa semangat tu 6.9 kg dah

    ReplyDelete
  5. Mesti dia bosan tgk menda yg sama je masa benti tue. Sbb tue dia bosan hihihi

    ReplyDelete
  6. a'ah kiera...klau jem n kena benti kt lmpu stop mama ni dh rsau dh

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers