Resepi Mudah | Bubur jagung

6:02 PM

Resepi Mudah | Bubur jagung


Assalamualaikum

Hari ni tak ke mana-mana.Semalam menghadiri pernikahan sepupu suami Mira dan Zul.
Memang tak sangka Mira nak menikah cepat.Jodoh depa memang mudah.Baru ja kenal pastu bawa Zul jumpa family terus bincang bab nikah.Takyah tunang-tunang.

Ok...hari ni malas nak masak nasi.Tengok jagung dok ada 4 tongkol lagi.Kalau tak buat apa-apa alamatnya jagung tu kecut camtu ja so marilah kita merajinkan diri masak bubur jagung.Saja bagi nama bubur jagung 'orang bujang' sebab dapur rumah saya macam orang bujang punya.Tak berapa lengkap dengan bahan-bahan nak masak.Sekali nak masak baru la pi beli.Almaklum la...asik makan luar ja sebelum ni.

Meh kita cerita bahan-bahannya :-
Jagung (dalam 3 tongkol)
Air
Gula 1 senduk (kalau nak manis boh la 1 1/2 senduk)
Garam 1 sudu teh
Santan 1 kotak (stok terkejut tergempaq nak masak)
Daun pandan sehelai

Cara-cara nak masak :-
Mula-mula potong jagung camgini.Nak halus-halus boleh...nak kasaq-kasaq pon boleh ikut sedap kita nak makan.

Pahtu rebus jagung yang dihiris tadi dengan air lebih kurang 15 ke 20 minit dengan api perlahan.Air lebih kurang banyak cam jagung.Dah agak lembut masukkan gula dan garam.Biarkan lebih kurang 10 minit.Kalau nak sedap sikit masukkan gula melaka.

Masukkan santan dan sedikit air.Kalau nak cair boh banyak sikit air tu.Ikut selera memasing la na.Jangan lupa masukkan daun pandan untuk mewangikan bubur ni.Masak dalam 5 minit.Dah pon siap.Kalau nak bagi pekat melekat boh la sagu.Ni baru sedap tapi dah nama dapur rumah bujang so takda la sagunya.

Jadila habuan nak makan laki bini...hahaha...Pemalas nak masak punya pasai la ni.

You Might Also Like

2 apa kata anda?

  1. Jarang dah beli jagung yg bertongkol ni...selalu beli yg frozen tu aje Zai...lama tak buat bubur jagung ni!

    ReplyDelete
  2. ni zai 1st time wat bubur jagung...naseb mjadi OKje

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers