BSP dan kenduri

9:54 PM

Assalamualaikum

Kisah BSP saya di hari Ahad yang lalu.
Memandangkan result gula saya pada waktu pagi tak berapa cantik hari Rabu lepas maka dokte yang check saya hari Kamis tu tambahkan dos insulin waktu malam.
Makanya hari Ahad saya paksa rela la kena buat BSP padahal hari tu ada kenduri kawen umah sedara belah suami dan juga umah kawan saya.
Last-last saya tak pi kenduri umah sedara suami sebab jauh nak ulang-alik takut-takut tak sempat nak buat BSP.

Tengahari tu lepas buat BSP kat spital Seberang Jaya Puan Ty mai pick-up saya kat situ terus ke rumah kenduri kawan.Ini majlis adik kawan saya.
Pi kenduri punya awai sebab nanti petang nak buat BSP lagi so kena makan awai.
Nasik kenduri dan lauknya sangat-sangat sedap.Puas ati makan sepinggan...hehehe...tapi tak snap pic pon sebab dok meja kat tempat orang ramai.
Lepas makan nasik dok lepak-lepak kat meja kuarga pengantin untuk makan beradap.Pengantin lambat lagi nak datangkan so lepak-lepak situ.

Puan Ty plak terlebih baik siap tanya nak makan apa-apa lagi tak dia nak ambikkan.
Ha kau....takyah susah-susah jalan.
Kat majlis ni siap buka gerai-gerai macam pasar malam.Ada macam-macam.Nak makan dengan takmau makan ja.
Ada bihun sup, ketupat palas, lontong, aiskrim, cendol, cucur badak dan samosa serta tapai.
Dalam dok ingat nak buat BSP tu sempat jugak la saya bedal lontong, cendol, aiskrim, samosa dan cucur badak.
 Kalau takda BSP tu rasanya semua menu saya nak rasa.
Petangnya buat BSP result tinggi cikit tapi tak tinggi sangat.
Malamnya review result BSP kat spital dokte dah mansuhkan insulin saya waktu petang dan kurangkan dos insulin waktu malam sebab result saya low sangat.Takut-takut kurang gula dan boleh pengsan.
Plak dah...tinggi cikit pon tak boleh...rendah pon tak boleh....hadehhhh....mana la saya tau gula dalam darah saya takat mana yang saya nak kontrol jadi normal....wuuuuu....

So tiga hari ni kita ikut dos baru dah esok tengok result macam mana.Kalau ok nampak gaya macam nak bebas dari kencing manis ja...hikhikhik...moga-moga la kan.

Ucapan buat Cik Diah dan Fatah....moga bahagia ke taman-taman syurga.
Cik Diah jangan nangis-nangis rindu Malaysia nanti tau...hihihihi...
Psssst.....depa dua ni ex-Irshadian...junior-junior saya jugak ^_^

You Might Also Like

4 apa kata anda?

  1. keh3...nti xdak org nk gduh2 dh la maneh weyyyy...

    ReplyDelete
  2. kak zai..bby camna?dah trun belum?
    bby jgn nakal2 eh dlm tu,cian kt ibu..bg ibu mudah bersalin eh

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers