Raya ke-4 dan seterusnya serta check-up

8:30 AM

Assalamualikum

Raya ke-4
Mood raya masih terasa walaupon dah masuk hari ke-4.
Hari ni kak ipar dan family dari Seremban nak bertolak balik.
So kami ramai-ramai pakat masak hari tu.Errr....saya cuma goreng ayam ja...hihihi...
Hat lain-lain kakak-kakak ipar yang buatkan.Untungkan mengandung ni.Pastu ramai plak kak ipar....hehehehe....

Menu tengahari tu...tomyam, ayam masak pedas, ayam goreng, ikan goreng, sayur cendawan,sambal belacan dan ulam pucuk ubi.
Sedap bila berkelah ramai-ramai ni.
Lepas makan tengahari terus kak ipar bertolak.Syahdu masa ni.
Kuarga FIL saya pakat menangis masa bersalam-salaman termasukla suami saya.
Yela...2 tahun sekali baru dapat jumpa.Yang bestnya FIL saya ni...depa sangat-sangat akrab.
Mungkin kebanyakkannya perempuan.

Raya ke-5
Hari ni check-up 7 bulan kat klinik kesihatan.
Tak ramai sangat walaupon saya pi lewat dari biasa.Selalunya 7.45 pagi saya dah kat klinik ambik nombor tapi hari tu pukul 8 pagi baru sampai.
Result hari tu :-
Alb - Neg
Gula - Neg
Hb - 12.9(turun sikit maybe saya selalu skip masa bulan posa hari tu)
Berat - naik 600 gram dari bulan lepas
BP - 110/60
Jantung baby - 141 bpm

Doktor cakap semua ok.

Raya ke 6
Pagi-pagi pi umah kak ipar kat Juru ambik anak-anak menakan 2 orang.Kena mengasuh.Kak ipar adahal sikit.
Bawa depa jalan-jalan sambil singgah sarapan.
Hohoho....dah macam ibu beranak 2 dah gayanya kat situ.
Mesti orang pelik tengok anak dok dukung kecik lagi pahtu perut dok boyot.Cepat lekat sungguh.
Naseb la baby Alya dan kakaknya tak wat hal.Senang nak jaga.
Petang sikit anta depa balik pastu tala balik umah mak.

Kali ni balik lepak umah mak plak.Dok umah mak sendiri senang sikit nak tido nak duduk camna pon.
Bukan ada sapa.Saya dan suami, mak, adik.
Tak ke mana-mana.Lagipon mak puasa 6.
Malam lepas suami pi keja saya balik umah kat Seberang Jaya.

Raya ke 7
Hari ni kena wat BSP 4 kali sehari.
Punya la ramai orang kat klinik sampaikan nak buat BSP ja pon kena tunggu sejam setengah.
Pahtu bila dah lambat makanya saya cucuk insulin lambat.Bila insulin lambat sarapan pon lambat la.
Nah...result darah pukul 12 tengahari tak cantik.
Mampuih la...mampuih la....esok dah la nak kena jumpa pakar kat spital.
Mau kena ceramah la nanti.
Pahtu tala laju-laju pi Lunas ambik mak mertua bawa pi umah kak ipar kat Padang Serai.
Depa wat kenduri laksa dan bihun sup panggil semua adik-beradik sepupu-sepapat.
Suami dan 2 orang lagi kak ipar dah pi awai tolong apa yang patut.
Saya berani makan laksa ja.Hat lain takut gula naik sebab petang tu nak cucuk lagi.
Alhamdulillah  result cantik.

Raya ke-8
Hari ni kena jumpa pakar kat spital.Tunggu angka giliran ja dah sejam.
Depa dok cari result darah saya bulan lepas gamaknya.
Tengok hat baru mai semua pakat dapat nombor dah.
Masa jumpa pakar...doktor cakap result darah saya cantik.Takda masalah.
Suruh continue diet macam biasa.
Hari ni scan lagi nak tengok perkembangan baby.
Macam biasa baby sorok jantina takmau bagitau ibu dia.
Doktor tunjuk kaki kiri kat bawah kaki kanan lipat lindung jantina.
So memang takleh nampak.
Berat baby dah naik dari 749 gram ke 1316 gram.
Alhamdulillah...semua ok.

You Might Also Like

4 apa kata anda?

  1. kjap je dh 7 bulan..
    xlame lg dh nk bersalin..
    bestnye dpt baby..

    ReplyDelete
  2. Puan Ezy...x lama lg ezy la plak...msti sonok :)

    ReplyDelete
  3. yeay lepas ni dapat ank angkt lagi sorg hihi

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers