Hari Raya pertama 2013

9:18 AM

Assalamualaikum

Malam raya tu kami tido rumah sendiri.Terjaga pukul 6.45 pagi terus kalut-kalut terjun katil kejutkan suami takut terlepas Subuh.
Gila-gila terbabas sebab malam tu letih berjalan kat Uptown Perda sampai pukul 3.30 pagi.
Lepas siap-siap bersalaman mohon maaf dari suami terus kuar ke masjid.
Syahdu...raya pertama sebagai isteri.Lawak pon ada sebab kami berdua tak decide nak balik raya mana dulu.Pagi tu baru nak decide.

Lepas sembahyang raya terus pecut laju-laju balik umah mak saya....hehehe...
Sampai-sampai tengok anak-anak sedara semua pakai pepel.
Punggah....takkan kot pakat pepel semua.
Errr...pic penuh satu family takda dalam enset saya.Semua dalam ipad anak menakan.Depa pon tak upload lagi pic tu dalam FB.Hat ni ja ada.


Keh...keh...keh...abang dokter & family totally pepel.
Abang no.2 & family pepel campur krim.
Abang no.3 & family pepel pink.
Mak & adik biru pepel.
Saya & suami....pepel hitam.
Lawak gila bila kami berjalan nak bertandang umah pak ndak.Anak cucu Hajah Besah semua baju pepel.
Lepas bertandang dua tiga buah rumah saya dan suami tak ikut family saya beraya umah sedara-mara yang lain.
Turn balik Lunas plak.Beraya umah mertua.Tahun ni kakak ipar saya(kakak suami) yang duduk Seremban balik selepas 2 tahun tak balik so kita beralah la beraya umah mertua lama sikit.Abang dokter saya baru ja balik time cuti sekolah hari tu.

Kat umah mertua hari pertama tak ke mana-mana.Dok umah sembang-sembang makan-makan ja.Kesian kat kak ipar yang baru sampai pagi raya pukul 5 pagi.Masing-masing letih.Esok baru la kami atur plan nak ke mana.

You Might Also Like

2 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^