Anugerah | Persiapan barang-barang baby

8:30 AM

Assalamualaikum

Masuk ni dah 31 minggu mengandung.Lagi berapa minggu je lagi dah nak bersalin.
Alhamdulillah barang-barang baby dah setel saya dan suami belikan Sabtu lepas.
Mula-mula tu saya agak acuh tak acuh gak.Saja beli sikit-sikit tapi dah kena tegur dengan kawan-kawan keja suruh prepare sesiap baru la kalut.Dikhuatiri terjadi benda-benda yang tak di rancang.Mana kita nak tau kan.

Baru berkira-kira nak gitau kat suami tetiba suami sendiri yang bersuara suruh beli barang baby sesiap.
Lega....takyah nak susun ayat...hehehehe....
Suami kata bila tengok perut saya yang dah besar sangat, kaki saya yang dah membengkak dan cara jalan saya yang mula senget-senget dia jadi risau takut saya terbersalin awai.Nanti sapa nak beli barang baby.Dia dah la tak pandai.
So ini la separuh hasil rembatan barang-barang baby.
Barang-barang besar macam tilam, kelambu, bakul baby malas saya nak angkut boh sekali dalam gambar.

Gambar kat bawah tu barut baby.Masa mula-mula survey barut baby tengok macam kecik dan tak best.
Tanya mak suruh jahitkan mak plak tak pandai.Last-last kawan rekemen sorang kawan tempat keja ni.Katanya mak mertua kawan tu penah buat barut baby.Apalagi sesaja tanya la.Alhamdulillah mak mertua dia terima jugak padahal dok kalut dengan preparation nak terima menantu hujung bulan ni.
Yang lekuk kat bawah barut tu untuk bontot baby.So bila baby ter'yak2' or tencing tak kena la pada barut.

Sekarang ni time nak cuci dan kemaskan barang-barang baby masuk dalam beg ja.
Yang lelain nak kemas-kemas ingat bulan depan nak angkut balik umah mak.
Bila dah setel bab ni rasa lega sesangat.
Kalau tak asik dok pikir bila nak pi beli tapi masa dok berjalan.



#MOODLEGATAKTERHINGGA.
#NAKTUNGGUMASAJA.
#MOGADIPERMUDAHKANSEGALAURUSANBERSALIN

You Might Also Like

4 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers