Berbuka di rumah emak

11:11 PM

Assalamualaikum

Hari ni ingat nak golek-golek ja kat umah macam semalam tapi pagi tadi lepas sahur teringatkan data yang tak compile lagi.
Terus tergerak ati nak pi OT.Ada 147 data nak compile dan review sebelum anta kat bos.Giler apa...berpinau bijik mata ni tengok screen PC.Sumbat telinga ni dengan MP4 sesambil layan zikir sesambil compile.Alhamdulillah setel gak.Tu pon dekat pukul 4.30 petang baru balik....wuuuuu.... Y____Y

Laju-laju jalan pi kantin ambik kuih buah melaka.Scan badge duit makan sehari RM2.50 company bagi.Beli gak susu sekotak habuan nak minum kat umah mak nanti.

Tengah drive terpikir nak buat agar-agar oreo.Ni gara-gara tertengok entri Pinky Momma semalam.
Sampai umah mak dekat 5.30 petang lepas singgah kedai beli bahan-bahan nak masak.
Tup tap tup tap siap jugak agar-agar kalut saya ni.Adik komplen kata kurang manis.Yela...hakak kau kan kena kencing manis so semua dia masak mesti la dia agak-agak gula tu jadi lagi sikit.Dapat la jugak balas pinggan jiran sebelah-sebelah.
 Nak resepi ambik kat blog Pinky Momma je la...hehehe...

Mak buat apom lenggang gak tapi saya lupa plak nak snap pic T__T
Yela...melenggang sampai nak dekat buka posa mana nak ingat.
Pahtu anak sedara bawa balik bubur lambuk sebungkus.Meriah bebeno makan kat umah mak padahal bertiga ja hari ni ^^,

Yang ni jiran umah mak bagi.Koteaw goreng.

Hat ni sepupu sebelah umah bagi.Char koteaw tapi dah kering cikit sebab dah lama sangat dia masak sementara nak tunggu berbuka.

Yang ni kak ipar no. 2 mai hantaq kuih peberet mak.Sesambil tu mai tengok umah mak dah siap ke belum.

Oh....hari ni saya pi pon sebab ingat nak bagi idea nak cat umah kaler apa tahun ni tup tup adik dah abes cat pon.Boh kaler ijau...2 minggu lepas mak upah orang renovate umah.Ruang tamu sampai ke bilik bawah mak pasangkan mozek.Pastu mak tukarkan lantai umah atas yang dah makan berpuluh tahun berjasa kat kami semua.Mak juga tukarkan bumbung dapur umah.Eh...banyak plak duit mak ni walaupon tak keja dok umah ja.Pandai menyimpan sungguh.

You Might Also Like

4 apa kata anda?

  1. posa nie xmakan g buah melaka hehee...


    tu dia sekali mai 2 jenis ktw..kak teringin gak nak wat puding milo lapis oreo tu sebab penah makan yg mbe ayu citarasa rinduan di johor wat..sedap..dato ct pun da cuba resepi dia...tp tu la oreo nanti xde sapa makan..huhu

    ReplyDelete
  2. nampak sedap la kak zai. tapi kira xbpe minat oreo sebab dia manis sgt kan huuu. tengok la kot nak tukar dengan biskut yg lain kurang manis nya hihihi

    ReplyDelete
  3. k.shida...sbb teringin sgt la ms tgk blog pinky momma tu yg nk wt gak tu

    ReplyDelete
  4. oreo mmg manis tu sbb agar2 tu k.zai kurangkn gula & susu dia bg kurang manis ckit kiera

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers