Baru rasa penting bila...

9:41 PM

Assalamualaikum

Huhuhu...hari ni letih gila.Letih bukan sebab keja banyak tapi letih dok dalam van.
Tadi pukul 7.25 petang baru sampai umah T___________T
Jemmed yang teramat sangat jalan Bayan Lepas-Batu Maung tu.
Dok tersekat kat situ dekat sejam.Pastu naseb la driver van tau jalan lain so dapat la lepas dari jemmed tu.
Dulu masa kat building lama kerap gak la saya drive sendiri pi keja tapi sejak pindah building baru ni nak-nak sejak mengandung ni tak kuasa la saya nak drive.Sejak-sejak jalan kat susur jambatan tu runtuh hari-hari jemmed.Mau lenguh kaki ni.

Kalau ada check-up ke apa saya rela ambik full day leave dari masuk sekerat hari.Kalau keja banyak pon saya suruh suami antakan pastu petang saya balik dengan van.
Tadi semua mengomel cakap mesti tak sempat berbuka kat umah....abes la abes la.6.45 petang baru naik jambatan...tu pon jambatan jemmed cikit-cikit ja.
Masa ni la baru terpikir bekal yang company provide untuk Muslim masa balik ni berguna gak.
Tiap hari company akan bagi air mineral dan 2 jenis kuih masa balik.Selalunya saya jarang makan pon kuih-kuih ni.Suami yang akan abiskan bila balik keja tengah malam nanti.Air mineral tu dah berbelas ada dalam peti sejuk.Saya minum air masak biasa ja...yang tak sejuk sangat.

Hehehe...bila jadi macam tadi baru sedar yang kuih dan air ni berguna gak ^^,

You Might Also Like

2 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers