Anugerah | Ramadhan ke-2 dan hospital

7:06 PM

Assalamualaikum

Hari ni dah masuk hari ke-2 kita berpuasa.Tahun pertama berpuasa bersama suami.Tahun lepas kawin lepas raya.Masa bujang tu punya la hazab nak bangun sahur.Yela...saya bukan bersahur nasi macam orang lain.Dapat milo dan roti or nestum 3 in 1 pon dah cukup.So bokpa nak bangun sahur awai-awai kan.
Nak-nak plak dok dengan mak so lagi la liat nak bangun sahur ni.Lagi 15 minit nak imsak baru la terhegeh-hegeh nak bangun makan kalut-kalut.

Ramadhan kali ni lain plak.Duduk berdua dengan suami dan secara automatik bangun pukul 4.30 pagi nak prepare dan panaskan makanan untuk suami padahal saya tak makan nasi tu pon.Janji ada nasi,lauk dua jenis dan sayur serta buah.
Saya macam biasa makan roti dan cicah air teh O panas.Heaven ah.
Nape tak makan nasik padahal ngandung?
Saya takleh makan nasik pepagi buto.Perut ni dah setting dah nasik takleh masuk.Kalau masuk gak sat lagi dia akan kuaq balik.Lagi la penat kau bila dia kuaq balik so bek takyah makan nasik siap-siap.Kalau dapat roti canai takpa la.

Pagi tadi kena pi spital jumpa pakar.Sejam tunggu nak dapat angka giliran.Ni gara-gara Isnin gov cuti kat Penang ni so semua mai hari Kamis la.Saya dok tahan tencing ja masa tu sebab sat lagi mesti nak test air tencing tapi hazab dok tunggu tak panggil-panggil.Last-last tak tahan pi jugak tencing.Masuk balik terus nama kena panggil.Punggah....sat lagi mesti jenuh nak paksa tencing.

Lepas check air tencing tunggu misi panggil nak timbang plak.Berat naik tak banyak pon.Ratus-ratus gram ja.Pastu tunggu plak nak jumpa pakar.Kat sini lagi hazab.Dekat 3 jam kot tunggu baru jumpa pakar.Time tu dah pukul 12 dah.Masa dok tunggu tu dok sembang la dengan ibu-ibu yang senaseb macam saya yang kena cucuk insulin.Tapi dos depa tinggi.Belas-belas pastu kena cucuk 4 kali sehari.Ada yang kena jumpa doktor 3 kali sehari.Huuuuuuuuuuuu.....

Alhamdulillah takyah beranak awai sebab saya punya la pantang makan.Maksud saya bekpes saya makan roti je.Tengahari makan nasi ciput.Petang makan roti kering 3 keping dan makan malam makan sebelum pukul 8 malam.Kadang-kadang ja saya makan hebat sikit bila dah teringin sangat tapi tak selalu.Berat tak naik mendadak.Naik pon macam malu-malu ja.Gula dalam darah pon still ok ok.Baby dalam perut pon tak membesar mendadak sangat dan tak terlampau kecik.

Result hari ni :-
Berat :- nek 400 gram(dalam masa 2 minggu)
BP :- 110/70
Berat baby :- 749 gram

Yeayyyyy....leh la prepare barang nak raya dan barang-barang penting baby.Kalau tak dok risau takut kena beranak awai.

You Might Also Like

4 apa kata anda?

  1. lama nya kan...

    eh naqiah pun kata nya sahur x makan nasi...

    tu la dok dengan mak baloq liat skit nak masak waktu soq

    ReplyDelete
  2. lama gila k.shida...suami asik col tnya ada mn tkut2 jatuh pengsan ka apa...

    hehehe...dok dgn mak mmg dh tau mak dok buat smua..tu yg baloq

    ReplyDelete
  3. alhamdulilah semua pun ok. nak tunggu jumpa pakar memang azab nya. nak2 time hari yg 'panas' kan hihihi

    kira kalut prepare brang sbb tkejut tue je hihihi, terok betoi pangai

    ReplyDelete
  4. tu la...nk2 plak xleh mkn...bln posa lg la hazab dok tggu...

    k.zai br dok survey smlm brg2 baby :)

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers