Anugerah | Lawatan rasmi setiap 2 minggu

9:24 PM

Minggu lepas direct 7 hari keja.Sabtu Ahad paksa diri pi keja jugak-jugak sebab sorang kawan sakit.Pastu bos kat Jepun nak result hari Isnin.Bagus sangat-sangat.
Dah la Isnin saya ambik cuti nak buat BSP.Dah approved pon seminggu lebih awal.Malas nak ulang-alik kuar pi klinik terdekat dengan tempat keja sebab sekarangkan jalan area Batu Maung tu sentiasa jemmed gara-gara jambatan ke-dua yang runtuh tu.Lagipon parking jauh sesangat.Building baru kan...pokok-pokok pon masih kecik.Panas sesangat sementara nak sampai parking keta.

Semalam macam biasa 4 kali ulang-alik check gula dalam darah.Dah malas nak pantang-pantang macam dulu.Lepas ambik darah makan jela.Perut dah tak tahan lapar.Hari Ahad pukul 7 malam saya dah stop makan so pagi perut mintak di isi awai la.

Result semalam 5.2 | 4.6 | 5.0 | 4.4

Hari ni ngadap doktor.
Berat naik 600 g dalam masa 15 hari.Tekanan darah 120/70.Jantung baby 147 bpm.
Semua ok.Doktor cakap berat naik ok je.Tak mendadak sangat.
So lagi dua minggu kena jumpa doktor lagi.

Moga segala-galanya dipermudahkan dan diberi kesihatan yang baik.

You Might Also Like

0 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers