Penuhi keinginan si ibu

10:23 PM

Patutnya hari ni pi OT tapi tak pi pon sebab badan masih belum kebah dari demam.Dah lama gila tak buat OT sejak masuk wad hari tu suami tak bagi keja lebih-lebih dah.
Hari ni pon nak pi OT sebab kawan seangkatan sedang bercuti sakit.Pastu plak kak Ros kena cover keja kat P1(bangunan lama) dan saya cover keja kat P2(bangunan baru).
2 hari cover keja kat P2 sensorang sampai taktau nak wat keja mana satu.Berlambak-lambak.
Makin hari makin bertambah keja.Bos plak cuti seminggu ke Taiwan.
Dak GT(graduate trainee) plak last Selasa ni.Abes la.Semua keja nak kena cover balik.
In Shaa Allah esok kalau badan ok cikit nak kena pi OT jugak.

Dah tak keja suami ajak cari makan.Cakap ja nak makan apa.
Bersiap-siap sampai taktau nak pakai baju apa dah.
Saya takda baju mengandung...hehehe...Sepanjang mengandung ni saya cuma pakai baju-baju ala muslimah yang saya pakai pi keja dari sebelum ngandung lagi.
Meh try baju peplum ni.Pakai sekali ja rasanya masa kuar dengan cik Aini dulu.

 Nah....dah nampak perut dah.Hari Jumaat tu pon ramai side engineer tegur dah nampak perut dah.Siap tanya berat ada naik tak.Prihatin sungguh.

Macam biasa saya teringin nak makan ketam so let's jom pi kedai kat Kuala Juru.Ondaway nak pi makan ni pon baby tak abes-abes bergerak.Seronok la tu nak makan ketam kan?

Balik dari makan suami tanya nak makan apa lagi.Iskh...dia buat lupa plak yang isteri dia ni takleh makan banyak-banyak.Nanti gula dalam darah tinggi jenuh.Kompem-kompem la kena beranak awai.
Dalam perjalanan balik tu tetiba cakap nak mangis.Alhamdulillah dapat.Musim durian kan...mesti la manggis ada.Cuba bukan musim dia...mau jenuh nak cari gak la.

Makan malam saya cuma nak cheezy wedges ja tapi suami beli ayam kepci gak.Makan jugak seketul.
Tang cheezy wedges ni saya makan sorang la.Sedapnya....hehehe...gaya macam baru pestime makan benda ni.

Boleh nampak tak saya tak masak apa sejak ngandung ni.Hahaha...hope tak lupa la cara nak masak camna nanti.

You Might Also Like

2 apa kata anda?

  1. huuuu jenuh kena berjaga2 kan bila ade diabetis nie. alhamdulilah kira takde prob tue

    ReplyDelete
  2. tu la psl kiera...bnda yg paling suka mkn pon mkn ckit2 ja...tkut gula naik tinggi

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^