OT dan pulut mangga

10:06 PM

Hari ni dalam sejarah department saya cuma ada 5 orang yang bekerja.
Yang lelain sedang bercuti mengikut kekendak dan polisi company supaya kena jugak-jugak cuti 5 hari dalam bulan Jun.Tapi kalau apply bulan Jun dan bercuti di bulan Julai pon boleh.
Saya?Huhuhu....tinggal 21 hari cuti sampai hujung tahun nanti.Yang lelain guna masa review BSP la....ambik hapday la terus tinggal banyak tu sejak-sejak mengandung ni.Cuti check-up lain plak.Yang tu PTO....tak potong cuti.

Semalam pi jugak OT.Tengah dok ada OT.Production dah takda OT.Dengar-dengar cite volume slow dan kemungkinan shutdown seminggu masa raya nanti.Tak penah shutdown lama camtu.Kalau takat 2 hari tu adala.
Semalam jugak dalam sejarah pi keja hari Ahad ambik masa sejam setengah.Agak-agak la.Bukan jauh mana pon.Seberang Jaya je kot.
Turun je jambatan sampai ke Batu Uban terus jemmed.Adehhhhh....timming tak kena lansung masa tu.Kena tahan sebab ada kayuhan basikal besar-besaran.Tak tau plak ada kayuhan hari tu.Kalau tau dah bertolak pi keja awai sikit.Dekat 40 minit gak la tersadai kat situ.Pastu drive slow-slow lalu lorong kanan sebab route depa menghala ke Batu Maung sama macam route saya nak ke tempat keja.
Takpa-takpa...aktiviti sihat camni saya sokong cuma saya tak dapat info ke saya yang tak ambik tau?hehehehe....

Balik dari OT dalam pala otak dok pikir nak makan pulut mempelam.Teringat-ingat.
Terpikir-pikir nak cari kat mana masa ni.Takkan nak balik masak plak pulut padahal perut dah lapar gila.
Terus hala pi TESCO cari kat restoran Thai tu.Alhamdulillah ada.
Saya tapau je sebab tempat kat restoran tu penuh.Lagipon dekat je dengan umah.

Lepas pekena terus lega.Dah tak ingat dah.Sedap sangat.Tu la makan malam saya semalam.Mula-mula ingat nak merengek kat suami suruh carikan tapi nafsu makan dah takleh tahan terus cari sendiri.

Esok-esok nak makan apa plak ye?

You Might Also Like

5 apa kata anda?

  1. terliur tgk pulut mangga..
    ya ampun sedap kotttttt..

    ReplyDelete
  2. nanti kira try cari pulak. tp blm tingin lagi hihihi

    ReplyDelete
  3. Kalau nak beli telekung solat sila ke blog saya :
    http://naionlineshop.blogspot.com/

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers