Panggilan dari emak

8:59 PM

Sejak-sejak mengandung ni tiap-tiap minggu emak col.
Tak kisah la hari apa pon tapi mesti akan col sekali seminggu.
Bukannya jauh pon umah mak dengan umah cheq ni dan bukannya cheq tak balik tiap hujung minggu tapi col semata-mata nak jemput balik makan.

Mak ni jenis kerap pi rombongan.
Pahtu seminggu 2 kali akan pi kelas agama so bila mak pi mana-mana dan beli benda makan apa ja mesti akan col ajak balik makan.
Takut-takut cheq teringin or tak tau nak beli kat mana.
Terharu aih bila mak layan camtu.

Bila balik umah mesti tanya nak makan apa lagi.
Errr....buat masa ni cheq tak teringin benda yang pelik-pelik.
Takat-takat benda makan ni kat pasar malam Seberang Jaya memang dok ada.
Taktau la teringin masa mengandung ni macam mana.
Orang kata kalau nak tau ngidam tu macam mana...bila kita sebut atau nak benda tu kita boleh dok rasa benda yang ngidam tu dalam mulut(errr...macam berbelit ja ayat :p).

Kalau camtu gayanya takdak lagi la.
Takat-takat rasa nak makan itu ini hat biasa-biasa tu memang selalu la.
In Sha Allah...harap baby tak minta hat pelik-pelik dan susah-susah nak di cari.
Kalau tak jenuh jugak la.

You Might Also Like

2 apa kata anda?

  1. masa preggy nie yang best nya tang nie la. sebut je nak ape. mesti dapat hihihi

    ReplyDelete
  2. kiera...hahaha...mmg pon...kwn2 pon pakat dok tnya nk mkn apa...syokkkk

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers