Rezeki murah

10:06 PM

Orang tua-tua cakap ibu-ibu mengandung ni rezekinya murah.
Iyela kot...macam orang kata tiap-tiap anak tu pasti ada rezekinya yang tersendiri.
Sejak kawan-kawan keja mula tau kata mengandung ni mesti ada yang dok tanya rasa nak makan apa-apa tak.
Bila cakap nak itu ini pasti ada ja esok-esok tu depa bawakan.

Takat-takat ni penah dapat kat tempat keja cakar ayam, kuih kapal terbang, karipap besar, asam jawa gula, nasi lemak besar dan cucur udang panjang.
Kekadang tu bukan teringin sangat pon tapi dah depa tanya nak apa so yang terlintas tu la cheq jawab.

Bab bonus plak....camna nak cakap pon tak tau.
Bulan 12 dah dapat dah bonus untuk 13 bulan gaji.
Bulan 1 plak dapat bonus divide by quarter tup-tup bulan 3 ni announce dapat plak annual insentive 2.5 bulan.
Cukup-cukup bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi.
Bulan depan dengar cerita team Automotive punya quarterly bonus paling tinggi tapi taktau la berapa puluh persen.
Kiranya tahun ni paling mewah la dengan OT yang banyak dan cheq plak lagi suka pi keja dari dok umah.
Kalau dok umah asik nak tidoq ja....bila pi keja leh buat keja macam takdak apa-apa pon.

Hari ni big bos bagi plak baucer 50 hengget.
Vavavava....rezeki lagi walaupon jumlahnya kecil.

Errr...esok nak dapat apa plak ye?
Kot-kot ada orang nak belanja makan lagi ka....hehehehe.....




#Update...pepagi ni sarapan nasi daging orang belanja.Col pepagi semata-mata nak tanya nak makan apa...hehehehe...

You Might Also Like

4 apa kata anda?

  1. sunshine, kedai brg baby kan??omaiii marilah kita kongsi!

    ReplyDelete
  2. ju...supermarket kecik tp ada gak brg2 jenama...hehehe...kongsi?errr....errrr....

    ReplyDelete
  3. betul la rezeki org ngandung nie tak sama dan macam-macam!!! hihihi

    ReplyDelete
  4. betul la rezeki org ngandung nie tak sama dan macam-macam!!! hihihi

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers