Talasemia

8:49 PM

Di suatu petang waktu keja.

Eng : U dah pregnant?
Me : Blom...Y?
Eng : Before this penah buat ujian talasemia tak?
Me : Tak penah.Hari tu masa buat HIV test terlupa nak cakap buat talasemia test sekali.Y?
Eng : Anak CB kena talasemia.Kesian.CB pon dah lama tak masuk keja.Mana mau tengok anak.Mana mau keja.
Me : Yaka?Patut la dah lama tak nampak dia.Kesiannya.So how?
Eng : Big bos mai hari ni.Maybe tomorrow CB datang bincang dengan big bos pasal keja dia.Dulu kita takda ilmu pasal ni so kita tak kisah apa akan jadi.So better u check first before pregnant ok?
Me : Thanks.Kalau tak i pon terlupa pasal benda ni.

Benda ni dah 3 minggu sudah.Test talasemia?Belum buat lagi...huhuhuhu....asik tangguh ja.
So sempana cuti CNY tak kemana-mana so godek-godek pasai talasemia.
Ni antara info pasal talasemia.
Ilmu untuk sesapa yang nak rancang nak kawen better check dulu takut-takut pasangan adalah pembawa.

Apa itu Talasemia?

Talasemia adalah kumpulan penyakit yang menghalang badan daripada menghasilkan jumlah darah yang mencukupi dan berkualiti. Keadaan ini disebabkan oleh perubahan terhadap gen yang mengawal penghasilan hemoglobin. Hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan. Perubahan kepada hemoglobin boleh menyebabkan kekurangan darah yang teruk.

Badan manusia bergantung kepada tahap hemoglobin yang berfungsi dengan baik.

Penyakit Talasemia adalah penyakit keturunan yang di warisi dari ibu atau bapa kepada anak melalui gen. Kedua-dua kanak-kanak lelaki atau perempuan mempunyai peluang untuk mendapat penyakit tersebut. Ianya tidak dijangkiti melalui pemindahan darah, udara dan air atau melalui sentuhan fizikal dan juga hubungan seksual ataupun boleh disebabkan oleh kekurangan zat makanan atau masalah kesihatan.


Bagaimana Talasemia boleh diwarisi dari ibu bapa kepada anak-anak?
Setiap manusia mempunyai 2 jenis gen, dan ianya diwarisi dari ibu dan sebahagiannya dari bapa. Antara gen tersebut, terdapat 2 gen yang mengawal pembentukan hemoglobin yang terdapat dalam setiap sel darah merah. Mari kita lihat contoh 3 pasangan yang berlainan:


Kedua ibu bapa adalah normal. Mereka tidak mungkin mewariskan penyakit Talasemia atau Talasemia Major kepada anak-anak. 

Salah seorang ibu bapa penghidap Talasemia dan seorang lagi adalah normal. Setiap anak mempunyai 1 antara 2 (50%) peluang untuk mewarisi gen Talasemia daripada ibu atau bapa yang menjadi pembawa, besar kemungkinan kanak-kanak tersebut akan mendapat Talasemia. Ianya juga 1: 2 (50%) peluang untuk kanak-kanak tersebut mewarisi gen yang normal daripada ibu atau bapa pembawa. Jika ini berlaku kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan normal. Tiada seorang pun anak pasangan ini mendapat Talasemia major. 
Kedua ibu dan bapa adalah pembawa Talasemia, mereka adalah golongan berisiko.

 
Kedua pasangan pembawa mempunyai peluang 1: 4 (25%) mempunyai peluang di setiap kehamilan dan melahirkan anak yang mengalami Talasemia major, 1: 2 (50%) berpeluang mempunyai anak yang mendapat ?Thalasemia trait?, dan 1:4 (25%) anak berpeluang mewarisi gen yang normal dari kedua ibu bapa dan ianya bebas dari penyakit tersebut.



You Might Also Like

2 apa kata anda?

  1. yup, penyakit ni agak berisiko jgak...

    ReplyDelete
  2. Caliph shuriken....kan?must do talasemia test before get married

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers