Jadi tukang masak

12:17 AM

Assalamualaikum

Patutnya hari ni kena bawa baby Alya check jaundis lagi tapi memandangkan mak mertua pon nak ke klinik check darah tinggi dan kencing manis so tukarkan tanggungjawab tu dengan kak Na(kak ipar no.2) sebab kak Na masih ada susu badan.
If tunggu lama kat klinik kak Na bolehla nyusukan baby Alya.Kalau cheq yang pi jenuh la nanti.
Dah dua tiga kali gak la kak Na nyusukan baby Alya time kak Fauziah mandi so kak Na dah jadi ibu susuan baby Alya dah pon.

Kebetulan tinggal kak Fauziah sorang so cheq pon jadi tukang masak hari ni.Suami-suami kami semua ke dusun ambik langsat dan duku.
Menu simple-simple je.
Masak tomyam, sayur sawi dan ikan kembung goreng.
Untuk ibu berpantang kita masak ikan kering talang masak asam pekat-pekat.Bagi ada sikit kuah.
Baru ada selera sikit ibu pantang nak makan.

Minggu depan dah set dengan mak mertua yang cheq dan kak Fauziah nak berurut sama-sama.
Tiga hari berturut-turut tu.Nampak gaya Isnin kena cuti la jawabnya.

Balik dari umah mertua cheq kuar dengan kengkawan makan-makan.
Bab ni nanti la crita.Malas nak taip dah....ngantuk...esok koje...nite nite...


You Might Also Like

2 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^