Happy New Year 2013

10:07 AM

Hai semua...
Selamat Tahun Baru 2013.
Acane azam tahun lepas?
Dah tercapai ke?

3 azam cheq tahun lepas dah tercapai.
Alhamdulillah sangat-sangat.
Allah permudahkan segala-galanya.

1-Nak sambung belajar.
Mula-mula dah isi borang nak sambung belajar sendiri.Tengah kalut-kalut isi dan minta surat pengesahan jawatan kat HR bos dapat tau terus dia cakap ''U jangan risau...I buat bagi u dapat sambung belajar under company...tak payah keluarkan duit pon'' dan Alhamdulillah dapat dan kami buat short course selama setahun dan dah abes dah pon tapi hazab gak la dalam setahun tu.Terpaksa berkorban takleh nak holiday sana sini macam selalu.

2-Nak wat banyak investment.
Sebelum ni just simpan dalam Tabung Haji ja.Tahun lepas dah abes guna dah pon duit tu so tahun ni start balik dari mula nak kumpul duit bagai.Sanggup tak tukar keta pakai keta buruk semata-mata nak simpan duit sampaikan asik kena perli dengan sedara-mara dan kawan-kawan.Keta buruk pon keta buruk la janji takdo utang.

3-Nak nikoh.
Memang target nak menikoh tahun 2012.Nak buat ala kadar.Dalam pala otak ingat nak buat mejlis akad nikoh dan kenduri arwah je pon.Nak menikoh dengan orang tu hujung tahun 2012 tup tup termenikoh dengan orang ni.
Banyak halangan nak menikoh dengan orang tu tapi senang plak nak menikoh dengan orang ni.Itu la JODOH.Kalau dah JODOH memang Allah permudahkan je jalannya.Dalam masa 3 bulan setel bab nikoh kawen kenduri bagai.Nak-nak plak kendurinya separuh di seponser oleh abang sulungku itu.Alhamdulillah...rezeki la tu kan...kan...kan...

Oleh sebab termenikoh kawen dan terbuat kenduri terbesar sikit so duit yang baru tersimpan telah terguna la jugekkkkk.So satu lagi azam kena bawak kedepan.
Nak beli RUMAH hoiiiii...
Dulu kau duduk umah mak takdak la nak pikiaq sangat bab-bab umah ni tapi bila dah termenyewa rasa nak ada umah sendiri hasil duit keja sendiri.
Boleh tak kalau nak beli umah sendiri tak mau share dengan suami?
Bangga kembang hidung ni kalau dapat beli tahun ni.
So HAZAM nak beli rumah...nak beli rumah...nak beli rumah...nak beli rumah....

Adoiiiihhhh....penat menceceh kat atas ni.
Mesti ada orang tanya 'takdak niat nak ada anak ke?'
Uiiiihhhh...yang tu dah semestinya cuma rezeki je takdak lagi.
Kalau Allah bagi kami rezeki yang itu kami sangat-sangat bersyukur dan gumbira.
Allah tak bagi cuti dah dekat 2 bulan dah ni tapi check negative.
Malas nak excited sangat-sangat.
So dok jaga makan dan tingkah laku je la dan tengah berusaha ni.
____________________________________________

So bila nak masuk tahun baru department cheq keja ada la jugek buat makan-makan.
Lagi pon ramai yang nak bercuti terbang sana sini direct sampai tahun baru.
Kami ke Almondo pizza dan ada buat sesi tukar-tukar hadiah.

Makan-makan...sembang-sembang...pose uji kecanggihan kamera Iphone 5 depa dan tukar-tukar hadiah.

Terselit 3 Melayu dalam ini gambar
Dari sini la cheq dapat bookmarks zirafah tu.

Selamat Tahun Baru 2013...tetapkan azam...kuatkan tekad ok...



#ucap untuk diri sendiri jugak :p

You Might Also Like

2 apa kata anda?

  1. insyaAllah klu betol rezeki kak zai mesti ada tue. kak zai cuba cek time pagi2 sebelum mkan minum pape. first nak buang air time pagi tue

    ReplyDelete
  2. kiera...hr tu check ptg dh...ada 1 line terang n 1 line samar2...so x check dh...nti2 la kot

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers