Belek-belek gambar

10:07 PM

Hari ni takdak banyak keja sangat.
Since geng-geng cina dok sibuk kemas meja sempena CNY akan datang so kami pon terikut sama kemas meja bagai.
Banyak plak barang nak scrap.
Dan terjumpa plak voucher kepci so apalagi tengahari tu makan kepci la jawabnya.
Kalau dok tagak-tagak alamatnya expired la voucher ni.


Dalam dok kemas-kemas tu dok belek la jugak SINARAN...majalah kilang cheq yang kuaq 6 bulan sekali.
Update segala benda or aktiviti yang company buat dan join.
Rupa-rupanya banyak gak pic cheq dan kengkawan yang memang aktif join itu ini.
Patut la ada orang komplen kat HR kata asik-asik muka orang yang sama ja dalam majalah.

_____________________________________________________

Memula saja je anta cerita untuk SINARAN.
Taktau plak bila anta cerita leh dapat hadiah.Dapat hair dryer Philip.

Bila dah terjebak sekali mula la syok.Pastu bila ada aktiviti luar yang kena time cuti makanya menjoinkan diri la.
MUDBALL time

Pastu team Product Develepment(PD) melamar kami join team depa sebab kekurangan perempuan so terjoin pulak Treasure Hunt kecil-kecilan anjuran company.
Menang  tempat pertama.Dapat barangan elektrik Philip gak

Masa Datuk Seri Paduka Marina Mahathir mai kilang bincang 1 artikel so muka cheq ada gak.
Dok anta barisan depan-depan.

Join aktiviti luar sempena Hari AIDS sedunia.
Time ni HR tak bawa kamera so guna la kamera kami.Makanya kalau kamera kami penuh la gambar kami sesaja dalam artikel Hari AIDS sedunia tu dalam majalah.

Pic ni masa pemberian gift sempena Hari Raya Puasa.
Time ni cheq dan kengkawan jadi GPTW members atas pelantikan pihak GPTW sendiri sebab kami amat-amat aktif dengan aktiviti.Kengkadang tu jadi AJK untuk EHS day...jaga kaunter...jadi penyambut tetamu bila orang-orang besar mai dan macam-macam la.

Ni plak time antar sumbangan kat umah anak-anak yatim.

Dan yang akhir gambar masa join menari untuk annual dinner.
Ni kes terjebak.Tak minat pon menari-menari tapi kena paksa.

Pic-pic ni cheq snap kat majalah yang jumpa je la.
Yang tak jumpa tu taktau la ada ke tak pic kami.
Patut la orang komplen...hik...hik..hik...
Tak sedar pon yang pic kami ada dalam tiap-tiap keluaran tapi sejak ujung tahun 2011 masa nak pi Mekah tu cheq dah tarik diri jadi GPTW members.
So kurang la pic tapi tetap gak la terselit satu dua...hehehehe...

You Might Also Like

4 apa kata anda?

  1. auwwwwwww kellass kau masuk majalah.bila nak masuk mangga? kikiki

    ReplyDelete
  2. juicy...kalau masuk mangga kena dok dalam kolam...br cekci...auuuwww...

    ReplyDelete
  3. kemain berterabur gambo dia ihihihihi :p tp best kan blh aktif dari pasif tatau apa

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^