Kenduri | Alhamdulillah selesai

8:27 PM

Ahad...30 Dec 2012

Ada wat kenduri kecil-kecilan sementara dapat rezeki lebih cikit.
1st time wat kenduri kat umah sewa ni.
Kenduri doa selamat dah tahlil untuk sekalian arwah sanak-saudara dari pihak cheq dan suami.
Bajet untuk 80 orang makan saja.
Panggil orang surau Tenggiri untuk bacaan tahlil dan doa selamat serta keluarga dan juga rakan-rakan terdekat ja.
Member keja cheq pon tak panggil kecuali K.Ros sebab dia tuan punya rumah ni.
Alhamdulillah...semuanya dah selesai.
Makanan pon cukup-cukup...takde terlebih-lebih sangat.
Menu?

Laksa, nasi putih, ayam masak merah, kari ikan kembung, kerabu nenas timun, tembikai, kuih karipap dan onde-onde.
Simple dan ala kadar sahaja.

Tukang masaknya import dari Padang Serai.Cheq cuma bantu potong-potong dan blander jek :p

You Might Also Like

2 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^