I'm back!!!!!!!

3:06 PM

Assalamualaikum

10 hari menyepikan diri.Belog terabai camtu ja.
Mood nak taip entri takdak.

Antara sebab musabab takdak entri.

1-Kalut dok buat final project 'esaimen'

Bila masanya nak buat 'esaimen' kalau tak lepas keja.Time keja dok kalut pi mai pi mai.Kena plak time tu kena cover sorang-sorang.Kembaq pi training.

2-Eval melambak hujung-hujung tahun neh

Tahun-tahun sebelum ni bila hujung-hujung tahun ja eval takdak la banyak sangat tapi tahun ni lain la plak.Masa tulis PPM nak review kenaikan gaji tengok ada dekat 20 eval dok handle rupanya sepanjang tahun ni.
Dalam tak sedaq banyak tu eval dah buat walaupon sibuk dengan kelas.

3-Nenek mertua menemui pencipta-Nya

Ahad lepas nenek mertua telah menemui pencipta-Nya.Kami suami isteri memang tak rancang nak balik tengok nenek tapi kebetulan nak anta keta lama cheq kat kawan suami untuk repair minyak hitam leaking.Sampai kat umah mertua tengok ramai sedara-mara sepupu sepapat dok ada kat umah nenek.Rupanya nenek sakit tenat.Terbantut plan kami nak bercuti-cuti.
Petang jam 4 petang nenek menemui pencipta-Nya.So agak kalut di situ dan makanya daku tersadai di rumah mertua untuk 3 hari berturut-turut tolong masak makan orang tahlil.


Tapi dalam dok kalut-kalut ni sempat jugak blog walking belog-belog ampa.Ada yang di komen dan ada gak sebagai silent reader.
Biasala tengah-tengah dok wat 'esaimen' rasa bosan masuk la belog ampa baca-baca.Release sikit stress.

Esok-esok maybe ada entri yang akan kuaq kot...ahak...

You Might Also Like

0 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers