Sapa harus dipersalahkan | bakal pengantin dakwa ditipu

11:30 AM


Suri menunjukkan cincin yang sepatutnya disarungkan ke jarinya di hari bahagianya berkenaan.
BATU PAHAT – Impian seorang wanita untuk mendirikan rumah tangga pada Jumaat lalu tidak kesampaian, sebaliknya majlis pernikahannya terpaksa ditukarkan kepada majlis kesyukuran.

Perkara itu berlaku apabila lelaki yang sepatutnya mengahwini wanita berkenaan memberitahu wangnya RM18,000 termasuk wang hantaran RM12,000 dirompak.

Wanita berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Suri mendakwa, dia menerima sistem pesanan ringkas (SMS) daripada lelaki berkenaan yang mengatakan dia dirompak di Sungai Dulang pada Isnin minggu lalu.

“Sepatutnya dia memberi wang hantaran sebanyak RM12,000 pada hari terbabit, sebaliknya saya menerima SMS daripadanya mengatakan wang yang dikeluarkan dari sebuah bank sebanyak RM18,000 dirompak.



“Curiga dengan mesej yang diberikan, saya membuat pemeriksaan di bank terbabit dan mendapati dia tidak mempunyai akaun seperti yang dinyatakan," katanya ketika ditemui Sinar Harian di kediamannya di sini, semalam

Suri berkata, walaupun curiga, dia bersama lelaki berkenaan kemudiannya membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

"Namun setelah membuat laporan polis, kemudiannya dia memberitahu hanya RM8,000 pula duitnya dirompak,” katanya.

Berikutan itu katanya, dia mengambil keputusan untuk membatalkan perkahwinannya kerana berasa tertipu.

“Saya tidak sangka dia sanggup berbuat demikian kepada saya dan keluarga sehingga menjatuhkan maruah kami,” katanya.

Suri berkata, dia sekeluarga akan membuat laporan polis dan bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerugian lebih RM20,000 yang dialaminya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad mengesahkan menerima laporan polis mengenai seorang yang didakwa dirompak.

Katanya, polis sedang dalam proses siasatan.


_________________________________________________________

Sapa yang harus dipersalahkan kalau jadi camni?
Dulu masa nak kawen(dulu macam dah lama sangat) dengan suami camni la yang cheq pikir.
Takut tetiba dekat-dekat hari kejadian jadi benda yang tak di ingini.
Nak-nak plak cheq dan suami bukanlah couple bercinta bagai nak rak kan....so perasaan curiga sangat-sangat tinggi.
Kena plak hari kenduri tu jugaklah hari cheq menikah so perasaan takut tu dabel triple la.
RISAUUUUUUUUU.....

Tapi Alhamdulillah.....semua berjalan dengan lancar walaupon agak kelam-kabut sebab semua buat hari yang sama.

You Might Also Like

0 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^