Penghantaran misi bantuan berjaya

10:30 AM

Assalamualaikum

Semalamkan cakap nak hantar hero cheq ke rumah mak yang banjir tu.
So lepas ja suami balik keja pukul 1 tengahari terus col suami suruh pi tengok umah mak kot-kot ada nak tolong apa-apa.
Ya memang tak sia-sia hantar suami ke sana sebab tinggal adik sensorang ja dok gigih basuh umah.
Memang la air naik paras buku lali tapi kalau dah air kaler teh susu memang nak kena basuh bagai la kan.
Mak plak siap leh pi kenduri arwah bagai tinggalkan adik setel umah...hahahaha....

Cheq ada kat mana masa tu?
Kat tempat keja.Mula-mula nak cuti tapi pikir-pikirkan projek baru ni dah delay banyak hari....result tak keluar lagi makanya dengan paksa rela pi jugak keja.
Pikir keja dan umah mak sampai lupa nak makan.Pukul 4.30 petang baru gagah pi makan sebab perut sakit.

Terukkan umah mak sendiri banjir pon tak pi tengok.
Memang cheq teruk...ngaku sendiri tapi ujung-ujung tahun camni takmau dok cari pasal.
Lagi 2 bulan nak review kenaikan gaji.
Dah la keja dengan bukan sebangsa so agak takut-takut di situ.
Kang tak pasal-pasal tak naik gaji buat kali yang ke tiga....huuuuuuuuuuu.....
Sebab tu la cheq hantar hero cheq wat keja ^_^

Petang semalam lepas ja keja terus balik umah mak.
Balik menjenguk-jenguk je.
Mak tak bagi buat apa-apa.
Sembang-sembang bergelak ketawa dan makan-makan.
Adik cakap belut banyak yang kuar semalam.

Mak takmau turunkan lagi sofa dari atas kerusi tu sebab ujan masih turun.
Dikhuatiri air naik lagi sekali.

Pertama kali dalam sejarah gak la taman sebelah kampung cheq tu banjir.
Kelam-kabut orang taman dok ubah keta ke tempat tinggi.
Umah kawan adik pon kena sampai paras lutut.
Yang tu memang pasrah la kan kalau takda umah atas.
Abes jahanam peti sejuk dan mesin basuh sebab air naik dengan laju.
Hope walaupon hujan dok turun hari-hari tapi jangan la banjir balik.
Penat nak membasuh tu.



#misibantuanberjaya^_^

You Might Also Like

4 apa kata anda?

  1. sekang musim hujan banjir dh datang awal yee.. uuuHUu

    ReplyDelete
  2. untung la dah ada menantu baru boleh tlg2 kan hihihi

    mama pun kata kampung blkg tue xpenah bnjir kali nie banjir huuuu takutnya

    ReplyDelete
  3. Wak gelas...tu la...tkejut gak thn ni tetiba banjir

    ReplyDelete
  4. kiera...untung ada menantu rajin...hahahaha

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers