Ahad punya cerita

8:00 AM

Hari Ahad dah janji dengan mak nak pi makan kenduri.
So terus tala TAT ambik mak dan mak ndak.
Hehehe...alasan sebenarnya nak pi makan kenduri kat suami padahal nak bagi peluang kat mak merasa nek baby baru.
Ha...suami tak ikut sekali sebab keja so leh la nak kenal sikap dan sifat baby baru dengan lebih mendalam lagik.

Memula kami pi makan kenduri area TAT jugak.
Sedara jauh.Masa pi tu baru pukul doblas so adalah dimaklumkan pengantinnya takde lagi.
Depa buat 2 pasang sekali.Dua-dua pengantin lelaki.
Hajah Besah
 Lepas kenyang makan di TAT tala ke Sungai Ara Penang.
Pi umah sepupu sempena kenduri arwah mak jang yang meninggal 2 hari sebelum raya puasa hari tu.
Macam-macam menu ada.Kuih-muih pon banyak tapi sebab dah kenyang so tak makan pon.
Dah petang cikit baru la mula ambik bihun sup dulu.

Pas rilek sat pekena plak nasik.
Yang ni kena makan sebab depa buat gulai ikan sembilang.
Selalunya depa masak ayam daging tapi kali ni depa tukaq menu buat ala-ala masakan kampung.
Menu nasik depa gulai ikan sembilang, sambal petai, ikan goreng yang bermacam jenis, sayur kacang goreng kunyit, sambal belacan serta ulam-ulaman.
Saya tak suka ikan buat gulai so just ambik sambal petai dan ikan sembilang goreng dengan cikit nasik je.

Balik tu singgah umah abang no. 3 nak tengok Nur Izara Darlina.
Giggih jugak nak dukung walaupon Izara dok tidoq.
Wuuuu...sedih....gambar yang elok cikit terdelete masa dok belek-belek dalam enset so tinggai yang ni ja.
Tak kira nak boh jugak.Gigih punya mak teh Izara ni kan?

Balik tu terus terlena keletihan kat umah mak.
Nape tah sekarang ni asik letih nak lena ja.Kalau landing ja atas sofa mak mesti lena....haiiiih....
Pas Maghrib siap-siap balik Seberang Jaya plak.
Nak setelkan apa yang tak setel lagi sebelum suami balik.....kang tak pepasal tak bagi jenjalan dengan baby baru lagi :p

You Might Also Like

2 apa kata anda?

  1. wahhhhh nama dia kemain sedap Izara. mak teh pun tengok izara mcm nk dikunyah je hikhikhik

    ReplyDelete
  2. kiera...hahaha...comey sgt...geram...tp sbb dia tdo xleh nk cium2 kang tbgn plak

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers