Puasa hari Arafah

7:53 AM

Assalamualaikum....


Pesanan untuk diri sendiri agar tahun ni tak terlupa dan berpeluang puasa hari Arafah Khamis ni.Ampa semua pon leh puasa jugak kalau tak uzur esok tau.

Wat macam teruk-teruk.Hari Khamis tu dah ambik cuti nak balik kampung (dok wat macam umah mak jauh-jauh ja...hik...hik...hik...).
Tahun lepaskan cheq di Mekah.
Klik link tu kalau nak tau apa cheq buat masa raya aji 2011.

Apa itu puasa Arafah?

Puasa hari Arafah ialah puasa sunat pada hari ke-9 Dzulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, sebagaimana hadis yang telah diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari ra:

Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah.
Maka Baginda bersabda:
“Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)


Apalagi....pada yang tiada keuzuran, jom berpuasa sunat hari esok :-)

You Might Also Like

2 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^