Nikah kahwin | express rakyat

7:48 PM

Nikah kahwin | express rakyat


Assalamualaikum

Saja boring-boring tunggu en.asben balik dari keja so hapdet la belog barang se entri dua....hahahaha...

Apa yang express rakyat?
Ni hal berkenaan nikah kahwin saya la.
Maybe orang kata JODOH so benda tu jadi cepat dan mudah. Tapi ada juga cakap-cakap yang tak sedap di dengar bila kita tuning nikah kahwin dalam masa yang singkat ni.

18 Mei 2012~keluarga belah laki datang merisik dan bertukar kepada penetapan hantaran.Terus bagi duit cengkeram siap-siap tanda booking jadi.Dua-dua belah pihak sepakat takmo buat tunang.Sekali harung je masa hari akad nikah nanti.

27 Jun 2012~pihak laki nak mai hantar separuh dari duit hantaran.Tup-tup bertukar ke majlis pertunangan. Dah tak bajet apa-apa so saya just sarungkan jubah yang saya pakai masa mula-mula nak pi haji tahun lepas. Jubah putih berlabuci hitam dan shawl hitam.Siap majlis sarung cincin lagik.Hantaran toksah dok kata la....semua express rakyat punya style.

20 Julai 2012~pihak laki hantar semua duit hantaran dan bincang lagik untuk yang terakhir kali.

23 Ogos 2012~majlis akad nikah dan kenduri kahwin bagi pihak keluarga saya.

26 Ogos 2012~majlis kenduri kahwin pihak lelaki. Buat dua pasangan sekaligus. Abg Fauzi & Nuri dan juga kami berdua.


Emmm....kami ni boleh dikatakan bercinta lepas kawen la.
Hehehe....masih mendalami hati budi masing-masing dan masih malu-malu :p
Walaupon 'dia' tak sehebat mana...tak sehensem hero-hero filem tapi 'dia' suami saya.

Saya terima 'dia' sepenuh hati di saat lafaz nikah di ucapkan.

You Might Also Like

6 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers