Nikah kahwin | edisi hari-hari sebelum berlansung

11:36 PM

Nikah kahwin | edisi hari-hari sebelum berlansung


Assalamualaikum

Sejak sebelum raya sampai la hari nak lansung bizi tu toksah dok cakap la.
Sebelum raya bizi nak kemaskan umah untuk raya tapi lepas raya punggah balik barang-barang sebab nak kenduri.
Pastu dengan nak pi sana sini setelkan bab barang-barang nak guna time kenduri.
Penattttttttttttttt....

Lepas raya ja tiap malam saya akan bungkus kuih loyang yang emak buat untuk majlis nanti.

Beribu kau....bukan cikit-cikit.

 Nak tunggu sedara-mara mai tolong terpikir plak yang time raya....memasing sibuk layan tetamu kat umah sendiri.
So dari tak buat apa-apa baik saya bungkus cikit-cikit.


Start raya ke-3 dah ada sedara-mara yang mai umah membantu serba sikit.
Menu anak dara sebelum tukar status untuk sedara-mara yang buat keja.
Bedal ja apa yang ada dalam peti ais.



Malam raya ke-3 mak long kawan mak datang bawa inai giling nak tolong pakaikan. Depa suruh pakai siap-siap takut malam esok ada benda lagi penting nak buat.
 
Saya tak lukis inai kat tangan. Emak tak kasi. Pakai inai ada la dalam sejam pastu terus basuh. Penat gila dok terbaring dengan kaki tangan takleh nak gerak lasak. Krem pinggang neh.


Hari raya ke-4 dah makin ramai sedara mara dan jiran-jiran yang mai tolong.
Alhamdulillah dapat setel bab bungkus membungkus petang tu jugak.


 Tapi dalam dok kalut bungkus tu semua dok bising sebab khemah tak pasang lagi. Khemah nak pasang atas jalan depan rumah so saya dah bagitau katering soh pasang lewat-lewat cikit takut orang nak lalu-lalang. Semua cakap macam tak kenduri ja takda khemah. Malam tu dalam hujan lebat katering mai pasang 7 buah khemah. Ha...ambik kau. Semua tu termasuk dalam pakej 1000 orang makan.

Bertemankan sahabat dari zaman sekolah saya dan dia siapkan hantaran dan juga sireh junjung. Sireh junjung ala-ala gubahan bunga kat atas meja kopi gitu.



Entah camna malam tu tak dapat tido sampai jam 4 pagi.

Nebes???
Maybe la kot. Nak tukar status dan pikul tanggungjawab yang baru la katakan.
Cian kat sahabat saya tu.Tah bape kali dia bangun tengok saya takda kat tempat tido. Saya siap kemaskan umah dan basuh baju. Dah letih sangat baru saya tido....tu pon atas sofa.


Esoknya dengan muka sembab tu la saya ke butik pengantin pi mekap.
Wuuuuu....





Notakukukakiku:~Takziah buat kuarga Mak Jang atas pemergian Mak Jang pada Ramadhan ke-28 dan juga buat kuarga Pak Cik atas pemergian Pak Cik pada Syawal ke-7....Al-Fatihah

You Might Also Like

4 apa kata anda?

  1. kalo buat kenduri time raya mmg konfom xbrapa ramai org dtang nak tlg sbb memasing sibuk raya hehe

    ReplyDelete
  2. kan UNAI kan???
    nk wt cmne...time tu la abg yg jd wali leh blk dgn anak2 pon...time lain abg sibuk...

    ReplyDelete
  3. ekceli kan kami seksaited nk pakai inai kaki hihihi

    ReplyDelete
  4. sm la kiera...hehehehe...seksaited gak...siap request soh boh inai kaki dl

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers