Bayan Lepas----Espee---Perda

3:48 AM

Assalamualaikum

Agak kepenatan dan mata plak takleh nak lelap akibat minum nescafe sebelum balik tadi.

Hari Sabtu sepatutnya ada kelas tapi disweek takda so kena masuk qheja la jawabnya.
Pagi-pagi direct pi plant 2.
Banyak benda nak buat nak-nak hari cuti ni lab takda orang so leh guna tester seberapa lama yang cheq suka....hohoho....
Tengahari bos col....dia kat plant 1 bagi qheja baru kat cheq.
Oh....kena gak balik plant 1.Ikut rancangan asal nak dok plant 2 sampai pukul 4.
Tengahari tu meredah hujan lebat di kawasan Bayan Lepas ke plant 1 tapi malangnya qheja tu kena buat kat plant 2 so malaih dah nak pi balik pi balik so tunggu jela kat opis sambil main game sampai pukul 4.

Dari Bayan Lepas tala ke tol Sungai Dua.
Nak berkonvoi dengan memember KBU ke Espee.
Hari ni joyen IFTAR Kami Blogger Utagha(KBU) kat Espee.
Ni pon last menet punya plan.
Sonok dapat jumpa budak-budak KBU neh.
Last jumpa depa kat Perlis tahun lepas masa sampaikan sumbangan kat anak-anak yatim dan warga emas.
Pastu ada jumpa gak bape kerat dak KBU masa majlis doa selamat sebelum cheq dan mak pi menunaikan fardhu haji tahun lepas.
Macam biasa semua jenis pantang nampak kamera mesti nak posing....keh..keh...keh...
Thanks Admin-admin KBU coz bertungkus-lumus menjayakan mejlis hari ni.

Selesai mejlis cheq tala ke Uptown Perda plak.
Member FDR nak sopim raya katanya dan cheq pon ambik kesempatan cari tudung untuk mejlis nanti.
Fuuuuhhhh....penat gile masa pi Perda neh.
Gerai baju dari hujung ke hujung.Parking toksah dok cakap la.
Jenuh memusing nak-nak plak bawa keta manual power HAND....naik lenguh kaki tangan.
Dah dapat parking menapak plak jauh nak sopim dengan orang ramai penuh sesak.
Dah tak larat sangat jalan singgah minum nescafe ais dan ni la sebabnya cheq masih berjaga.

Meredah 2 roadblock masa balik Alhamdulillah lepas.
Kita pemandu berhemah la katakan...hahahaha....
Tak tau nak wat apa so hapdet la blog neh sesambil tengok solat terawih kat Masjidil Haram.
Oh...tingat time wat haji tahun lepas.
Rindu saat tu.
Mula-mula takleh nak masuk dengan cara imam Mekah.
Iyela...masa bacaan rukuk,sujud dan tahiyat akhir imam Mekah cepat sangat tapi lama-lama dah jadi biasa.

Atas bumbung Masjidil Haram



Notakukukakiku:~terpanjang plak cite :p

You Might Also Like

2 apa kata anda?

  1. terima kasih cik zai sudi mai... dapat jugak merasa pegang kad kawen cik zai.. moga dipermudahkan ye Amin2.. :)

    ReplyDelete
  2. sama2 kiera...hahaha...merasa pegang kad kawen?iskh...klau tau leh ajak lipat kad kawen 2geder-geder...leh pgg byk2 :p

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers