Fenomena makan di siang hari dalam bulan puasa

11:17 PM

Assalamualaikum

Sejak 2 3 tahun ni fenomena makan di siang hari dalam bulan puasa kat kantin kilang ni makin menjadi-jadi.
Cheq yang seagama tengok pon rasa malu, rasa pelik sebab depa takda perasaan malu ke makan kat kantin kilang dengan orang bukan seagama.
Apa bangsa lain pikir bila tengok keadaan macam ni kan?
Tak semua bangsa lain ni jahil bab agama Islam.Depa pon penah belajar bab Islam masa belajar kat sekolah kat U dulu.
Macam masa cheq nak pi buat Haji hari tu....bangsa bukan seagama ni lagi banyak pengetahuan bab-bab haji.

Malu...malu...malu...

Yang makan tu bukan budak kecik ke apa tapi dah besaq panjang....dah kawen...dah ada anak...pakai tudung.
Kot ye pon lapar sangat beli la roti sebungkus makan kat surau sorok-sorok.
Tapi ni makan nasik lauk cedok-cedok macam bukan dalam bulan puasa.

Bagi wanita yang tidak boleh berpuasa kerana haid, adakah dia boleh makan/minum di siang hari atau perlu juga berpuasa sebagai menghormati bulan ramadhan?

Wanita haid haram berpuasa, jika berpuasa tidak sah puasanya dan wajib diganti hari-hari yang ditinggalkannya.

Cuma ada ulama berpendapat, bahawa golongan yang uzur hendaklah berbuka secara senyap-senyap. Tujuannya supaya mengelakkan daripada tohmahan orang bahawa dia melewa-lewakan hukum agama. Kerana mereka mungkin tidak mengetahui keuzuran golongan ini.


Masa mula-mula tengok fenomena ni dulu cheq terkejut gak tapi sekarang dah jadi jelak.
Memang tak menghormati Ramadhan dan orang sekeliling lansung.




Notakukukakiku:~Kalau ampa tengok pon ampa rasa malu....

You Might Also Like

2 apa kata anda?

  1. semoga mereka diberi petunjuk Amin...

    nak makan depan osmate pun rasa malu.. huuhuhu

    ReplyDelete
  2. kan kiera kan?

    cik zai klau lapaq sgt pon just minum ayaq kt loker...sorok2 minum

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers