1st Ramadhan 2012

10:17 PM

Assalamualaikum

Salam Ramadhan semua.
Tak terlewat lagi kalau Cik Zai nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa.
Moga puasa dan amalan tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

Hari pertama Ramadhan kali ni di isi dengan kelas setelah 2 minggu kelas takda.
Kena plak Cik Zai demam + sakit kepala.
Nyut...nyut kepala ni masa dok terima INPUT baru dalam kelas tadi.
Sampai Sir Steven tegur kata Cik Zai macam di awang-awangan.

Balik kelas letak ja kepala atas sofa terus terlena.
Macam letih sangat...hik..hik..hik..
Kalau mak tak kejutkan mau sampai Maghrib dok lena.
So dah balik kelas awai tolong-tolong mak kat dapur.

Hari ni dapat la update menu berbuka.Nanti dah keja takda maknanya nak update.
Berbuka atas jalan la nanti.Tah-tah sampai umah pukul 9 malam.

Ni menu berbuka Cik Zai, emak dan adik.
Mee goreng anak dara yang masak >..< , bihun goreng,karipap,cucur jagung dan kanji aka bubuq lambuk dari jiran.
Kalau di kampung macam ni la bila bulan puasa.Sesi bertukar-tukar juadah.
Kan dah penuh meja.Tak payah nak pi bazar beli itu ini.


Menu untuk malam plak kami masak gulai buah munggai dengan kacang dal dan udang.
Family Cik Zai panggil buah munggai tapi tak plak kalau kat tempat-tempat lain panggil nama lain kan?

Dan tak lupa kepah goreng cili dan ikan goreng.

Menu yang amat ringkas untuk kami 3 beranak :)
Esok apa plak nak masak ye?

You Might Also Like

4 apa kata anda?

  1. tengok time ni..memang ermm..nyum3..lama x makan buah munggai tu..dlu dok bagan da pokok blkg umah ja..rindu time tu..btul kalo dok kmpung best..slalu tukaq2 hidangan.. =)

    ReplyDelete
  2. tu la kan...tgk time ni rs lapaq...
    buah munggai ni pon jiran yg bagi sbb nk tebang pokok tu...

    ReplyDelete
  3. siannya cik zai kena berbuka dlm keta.. huuuu

    ReplyDelete
  4. kiera...klau bbuka kt kedai pon boleh tp boleh bankrup la hari2 cmtu...so beli kuih ckit mkn ms ondaway blk tu

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers