Nikah Kahwin | Kerana katering

9:30 AM

Nikah Kahwin | Kerana katering


Kerana katering tetiba sedara sendiri dah tak mau bercakap. Marah...sakit hati...geram sebab kami tak pilih dia untuk masak.

Ceritanye camni...

Hari keluarga Enchik Z datang rumah sedara mara ada sama. Balik je keluarga Enchik Z terus dia cakap nak masak untuk kenduri saya nanti. Mak cakap tengok dulu tak janji, kena bincang-bincang dengan abang-abang saya dulu camna.

Dari hari ke hari dia asyik mai rumah tanya jadi ke tak kenduri. Mak cakap kenduri lepas raya. Boleh pulak dia suruh kami tukar tarikh. Dia kata kalau time raya orang tak mai...pakat balik kampung habis.

Ewah-ewah...sapa yang nak kendurinya, saya ka dia yang dia suka-suka suruh tukar tarikh. Kalau nak masak terima je la tarikh apa pon. Saya pilih time raya pon sebab WALI saya time tu ja pon boleh balik dengan family dia lama sikit. Kalau time lain anak-anak dia sekolah dan ada yang dok asrama. Kita nak adik-beradik sendiri meraikan majlis kita gak.

Saya try gak riki martin katering sekitar kawasan dah harga standard RM7 satu kepala(5 jenis lauk)...bubur kacang...5 khemah...makan beradap...termasuk pekerja.

Kalau dia yang masak...RM7 satu kepala(5 jenis lauk)...bubur kacang...1 khemah...makan beradap...termasuk pekerja.

Kami bincang adik-beradik cakap kenduri kalau boleh kita nak save selagi yang boleh....bukan nak keluarkan duit banyak-banyak. Biasa la mak tak suka gaduh-gaduh so suruh kami terima dia masak.

Keputusan saya, kenduri saya...dia masak tapi minta khemah atleast 3. Takkan kami nak keluar duit untuk khemah pulakan? Kalau 2 khemah dah RM400 dah kat situ. Takpa la beralah, sedara-mara kan. Tak suka la bermasam muka. Tup-tup hari Isnin tu dia mai cakap tak jadi nak masak sebab tak untung apa kalau dia keluarkan duit khemah.

Balik ja keja mak terus inform saya pasal ni. Orang dah bagi peluang tapi dia sendiri yang takmau ambik. Pasni jangan bising-bising kalau tempah katering lain.

So hari ni cuti saya jalan-jalan riki martin baju pengantin serta harganya dan membooking katering untuk kenduri nanti.


Hope Hassan Catering tak mengecewakan saya la

Thanks to Puan sebab bawa ke Hassan Catering. Kebetulan adik puan kawen lepas raya gak dan ambik katering yang sama.



Dengan perut lapar kami pekena kat Aida Cafe Bertam. Seharian dok berjalan sana-sini cari baju.
Ni ai punya ^^,

Ni Puan punye
Alhamdulillah selesai cikit masalah.



Notakukukakiku:~baju cantik-cantik sampai tak tau nak pilih =.=''

You Might Also Like

6 apa kata anda?

  1. yeaa......

    lepas ni merasa nasi kenduri cik zai plak...

    ReplyDelete
  2. sabaq no kak zai..dugaan nk kawin mcm2 ada..pernah rasa bila abg nk kawin dulu..

    tahniahhh noo..merasa nasi minyak la pasni..hehehhe..

    ReplyDelete
  3. Cik GK...kan dh byk dok p mkn nasik kenduri dh...x puas lg ka?

    ReplyDelete
  4. Mr Straw...kak x buat nasi minyak...buat ketupat smpena ry ja...hahahahaha

    ReplyDelete
  5. wah..sedapnyer chiken chop tu...menyelerakan :)

    ReplyDelete
  6. hanis...mmg sedap...kuah dia yg sdp sgt

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^