Ciri suami AWESOME||koleksi ceramah Ustaz Azhar Idrus

10:46 PM


Ciri suami Awesome, mengikut Ustaz Azhar Idrus...








1. Solat fardhu cukup 5 waktu.




2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa,




   boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir 


   boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.



3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu


  dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke

 KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung

 ke klinik setiap bulan.

4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib

 dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul,



 apatah lagi mandi-mandi yang lain.




5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif


 Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”



6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak


 pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.



7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama.


 Berbeza tapi boleh masuk.



8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan


 santun gitu.



9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya


 kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang



 taw..”




10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang


 belajar PhD.



11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan


 manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-

 ngata orang lain.



12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-


kurangnya Maghrib danIsyak.



13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz 


Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da kuliah di masjid

 muka dialah ada di antara orang-orang kampung.



14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri 


dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.



15. Jenis senyum sokmo.




16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak


 cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)




Notakukukakiku:~#EH...tetiba je pos benda camni...suka ayat last 

UAI...weeeee ^^,

You Might Also Like

2 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers