Keja + FDR day out again...

9:59 AM

1 April 2012

Ahad...ada keja part time dengan Puan kat Perodua Bertam dan Bayan Lepas.
Pagi tu cheq terlena balik lepas subuh.
Dapat mesej dari partner tanya ada mana baru la tersedaq yang hari tu ada stockcount kat Perodua.
Kelam-kabut bangun siap-siap.
Time tu dah pukul 9.45 pagi.
Pecut laju-laju sampai kat Bertam 10.20 pagi...fuhhh..
Berlengaih...

Pukul 12 lebih camtu member FDR dah mesej tanya jadi ke tak nasi arab.
Jadi jadi...
Plan asalnya nak pi Khalejj tapi depa habaq cari restoren tu tak jumpa.
So kami sepakat tala pi Tesco la.
Pi makan nasi arab kat sini.
Nak pi Tarbush memasing dok lapaq melahaq dah...cheq dan Puan plak tak sarapan apa pon pagi tu.
Tesco la paling dekat.

Al-Araby~Arab & Middle Eastern Restaurant

Jenuh nak jumpa dengan depa ni.
Banyak kali dah kansel last-last dapat gak.
Memasing dengan kerjaya memasing la katakan.
Dulu-dulu zaman sekolah boleh la dok jumpa selalu.

Kami berlima...opps...tak termasuk dengan Puan lagik...

Puan yang rajin snap pic...makaseh...
 Tengahari tu Mamaneh bawakan cupcake express baru buat pagi tu.
Makaseh...makaseh...

Ni yang kami makan hari tu.
Chicken Mandy Al Araby
Mandy Lamb Hanith
 Memang sengkak perut gila-gila.
Nasik yang banyak dan ayam serta daging yang besar.
Alhamdulillah kenyang kami semua hari tu.

Abes makan kami sembang-sembang dulu sambil biarkan anak Mamaneh puas bermain.
Gosip-gosip aktiviti terkini la...tanya kabar...

3.30 petang cheq dan partner bertolak ke Bayan Lepas nak stockcount kat sana plak.
Puan kena balik dulu setel hal kat umah.

Sampai kat sana masing-masing tensen....stockcount takleh buat plak.
Barang tak key-in masuk sistem lagik...ala...leceh betul...
Col Puan gitau takleh buat dan kami ke Pantai Jerejak ambik angin nak lepaskan tensen.

Mula-mula ingat nak minum ayaq nyioq ja sebab dahaga sangat-sangat tapi ter oder ROJAK la pulak.

Mutti Fruity kami...ngeh...ngeh...ngeh...

Tunggu Puan mai pastu dok lepas geram kat situ.
Dalam dok lepas geram tu dekat-dekat pukul 5.30 petang kami ter oder chicken wing plak...hehehe..
Puan siap bedal laksa + ayaq sorang 2 gelas....hahaha...
Nyam...nyam..
Kenyang gila-gila hari tu.
Balik umah buat-buat muka tak larat macam keja banyak.
Dok landing atas sofa kunun nak baca tuk exam esok last-last terlelap camtu ja...hehehehe...
Naseb la exam leh jawab semuanya.
Kalau tak naya ja...hehehe...



notakukukakiku:~FDR's...hujung bulan ni program apa lak?

You Might Also Like

2 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers