Hari-hari durian

3:26 PM

Assalamualaikum

Durian oh durian.

Cheq bukanlah seorang penggemar durian tegar.
Sebelum ni tak makan pon...dah hampir 8 tahun tak makan durian.
Sampai satu tahap jadi tak lalu nak makan durian.

Tapi....

Sejak balik dari Mekah bulan doblas hari tu terus lalu makan durian.
Eh...apa kena ni?

Lani boleh kata hari-hari makan durian.
Alhamdulillah...rezeki kami satu rumah.
Jiran sebelah tokey durian so boleh kata tiap minggu dia bagi durian.
 Tapi dah tiap minggu bagi durian takkan la hari-hari nak makan sebijik kot?
Kadang-kadang makan seulas dua ja.
Siap dok sedekah kat orang lain plak.
Klau sapa-sapa mai umah dan time tu ada durian yang belum kopek mesti akan dihidangkan dengan durian.

Dalam peti sejuk tu siap ada tempoyak dan durian yang dah di kopek.
Buka ja peti sejuk bau durian menusuk ke hidung.

Hari ni makan petang serawa durian cicah dengan roti potong.
 Dapnye...pekat...manis...lemak berkrim.

Alhamdulillah kami bertiga dalam rumah ni takdak sakit apa-apa.
Kalau tak...leh pandang je la durian ni.
Kempunan woooo klau camtu...

You Might Also Like

2 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers