Assalamualaikum
Bila dok belek-belek gambaq lama-lama mula la teringat macam-macam cerita.
Setiap gambaq dulu kala ada cerita disebaliknya.
Mana taknya...dulu kala mana ada pakai kamera digital lagi.
Semua guna filem atau nama glemer kodak.
So nak tangkap gambaq kena pikiaq 18 kali.Rugi wooo klau saja-saja nak tangkap gambaq.
Duit kodak ja dah brapa...nak cuci lagi.Almaklum la...student...mana nak ada duit banyak.
Dulu kecik-kecik selalu dok merengek kat ayah nak pi Kolumpo la...nak pi Melaka la tapi maklum la...orang susah...abang-abang dan adik-adik masih belajar dan sekolah.Dengan abang sulung yang masuk matrik...abang ke dua masuk asrama vokasional...cheq plak masuk asrama gak so tak merasa la nak jalan jauh-jauh.Paling jauh pon sampai Zoo Taiping.Klau lepas ke Penang nek feri ka nek jambatan ka memang syok tak hengat.Arwah ayah kata...
"Kalau nak pi jalan jauh-jauh...belajaq rajin-rajin.Jadi macam abang hang dok Kolumpo nu..pastu dah qheja hang boleh jalan merata mana hang nak pi."
So ni la tempat mula-mula cheq pi paling jauh masa study kat Kolumpo dulu.
Genting...takdan nak qheja dah ayah oiiii...cheq dah lepaih merata....hik...
Time ni pi dengan abang dan adik angkat cheq kat Kolumpo.
Ha...lepaih tu merata dah cheq dok pi jalan.
Putrajaya time baru-baru siap pon cheq dah sampai.Time jambatan dia takleh lalu lagi tapi ramai orang dok pi deting tang situ....hehehehe...
Dalam takdak duit tu tapi leh lepas gak.Sanggup ikat perut tak makan sebab nak pi jalan-jalan.Tu yang kuruih tak hengat tu....ahahahaha...nostalgia betoi bila di kenang kembali.
Assalamualaikum
Waaa...segmen khas untuk ahli KBU yang berminat...segmen Jom kembali ke sekolah.
So dengan penuh minat cheq nak join jugak la...hahaha...
Meh la nak cite serba cikit pasai cheq waktu sekolah dolu-dolu.
Mana paling best, tadika, sekolah rendah, sekolah menengah?
Rasa-rasanya bila di imbau kembali kenangan lama semua peringkat sekolah ada manisnya....semua best.
Masa tadika cheq sekolah tadika KEMAS ja.Seorang budak perempuan berambut pendek (pendek sebab terpaksa.Asik jangkit kutu ja....ampa pon mesti penah kena gak time kecik-kecik dulu) dan memakai pakaian seragam lelaki iaitu kemeja dan seluar pink.Ingat tak uniform tadika dulu kaler pink?
Apasal pkai suar padahal budak pompuan lain pkai baju kurung?
Sobab nama cheq mula dengan Z...dah sah-sah la paling last orang panggil time nak bagi baju.So bila sampai time cheq just tinggai smua baju kemeja dan suar ja so cheq dapat yang tu je la.
Lagipon cheq rela yu....nak-nak plak cheq sorang ja pompuan lam family...so perwatakan agak kasaq dan suar tu lagi selesa dari baju kurung...hahaha...
Time sekolah rendah plak yang bestnya hari-hari pi sekolah ayah hantaq tapi sebelum sampai sekolah mesti singgah kedai pi mengeteh dulu.
Bila pi sekolah dapat bekal nasik lagi.Kalau dah kenyang sangat cheq bagi ja bekal yang ayah beli tu kat abang nombor 3.Dari darjah 1 sampai darjah 4 cheq dok kelas nombor 2.Pastu peksa macam biasa la...tak lebih dari sepuluh tapi tak kurang dari lima.Tup-tup time darjah 4 tu boleh plak dapat nombor 3.Hepi tak sangka.Bila masuk darjah 5 kena la masuk kelas nombor 1.Masuk-masuk kelas ni terus tak dapat top 10 dah.Asik dapat puluh-puluh ja...haduiiii...Depa punya la terra.Nasib masa UPSR cheq dapat 3A...klau tak malu ja.
Abes UPSR cheq dapat tawaran masuk skolah asrama Al-Irshad Pokok Sena Kepala Batas Penang.
Tak minta pon sekolah ni tapi dapat.
Yang bestnya time sekolah menengah dapat kawan yang satu kepala.Kami 10 orang semuanya tapi dok godek-godek cari gambaq hat 10 orang atas tangga tu tak jumpa.
Gambaq ni ja yang ada.
Pengalaman pahit
Masa sekolah menengah biasa la time nak besaq suka sangat ikut kepala sendiri.
Cuba tengok gambaq kat atas dengan tudung tak lipat...kain labuh.
Ha...masa sekolah dulu kami ada peraturan.Budak pompuan kena tudung labuh lebih dari siku...tudung kena lipat dan pakai jarum peniti...kain tak boleh labuh sampai meleret-leret sapu lantai...kena pakai kain dalam.
Tapi biasala....nak tunjuk lagak dengan junior la kunun...so tak lipat tudung.Sekali Teacher Rosini nampak terus panggil kena denda.
Nak tau apa dendanya?
Kena pakai PIN LAMPIN BAYI yang besaq dan hujung kepala dia kaler-kaler serta bermacam bentuk kartun dari pagi sampai balik.
Bayangkan?
Malu tak sangka dah time tu sampai takmo kuaq makan...huhuhu tapi sendiri cari penyakit sendiri tanggung la.
Pengalaman manis
Banyak sangat yang manisnya tapi hat paling best time dok kat asrama la.Orang tak penah ada kakak tup-tup dok asrama ada kakak angkat bagai....sonok gila...hahahaha...time ni la boleh pi jauh-jauh...ikut member balik kampung siap dapat boipren kat kampung member....ahak...
Subjek yang digemari
Time sekolah subjek yang digemari adalah Sejarah.Tahun 1998 kan kes Anuar mula hangat diperkatakan.Masa sejarah ni la cikgu Sapina dok cerita bab-bab ni.Memang syok.
Subjek yang tak digemari
Bahasa Arab...Akaun...Math...
Yang peliknya cheq tak penah kantoi 3 subjek ni time peksa besaq.Cemerlang lagi adala...
Dah tu bila pas SPM leh plak ambik Perakaunan....hehehehe...pelikkan?
Dah abes dah kot...hehehe...ampa hat KBU yang lain meh la join sama...ahak...
Assalamualaikum
Hari ni dok BW tengok segmen KBU, Jom Kembali Ke Sekolah rasa cam nak join la plak.
Pastu dok godek-godek gambaq-gambaq lama dalam beg.
Banyak sangat album sampai kena simpan setengah.
Dalam dok godek-godek gambaq tu terjumpa gambaq ni.
Klau tak silap gambaq ni tahun 2001 time kat Uitm Shah Alam dekat fakulti perakaunan.
Amacam KBU?
Cheq dah ada group K-POP tahun 2001 lagik...hahahaha...
Len celen dengan group K-POP KBU tak?
Hahahahaha....
Assalamualaikum
Lama tak hapdet so hari ni nak boh cite pasal lunch siang tadi.
Dept. cheq punya chief engineer Ms. Lim BH akan mulakan kerja barunya di kilang baru pada awal Julai ni so bigbos telah mengadakan farewell party untuk beliau + team lunch coz customer return issue dah pon setel.
Ingatkan macam selalu akan ke Golden Triangle Qbay or Nandos or Kenny Rogers tapi bigbos pilih makan kat Restoran BP Anjung Indah.
Kalau orang Balik Pulau or sekitar Bayan Lepas maybe depa tau la tempat ni kat mana.
Kat sini juga sedang berlansungnya Pesta Durian dari 1 hingga 30 Jun 2011.
Nak ke Anjung Indah kena menaiki jalan baru ke Balik Pulau.Tempat ni berada di sebelah kanan jalan ke Balik Pulau.
Masa sampai kat sini cheq dan K.Ros nek 4X4 bigbos so beliau terus naik ke puncak restoran.
Bukit nak menuju ke restoran tu lebih dari 45 darjah rasanya so klau kereta biasa atau yang kurang mahir nak mengendalikan kenderaan diharap park kat bawah dekat gerai buah-buahan di mana Pesta Durian ni berlansung dan menapak la menuju ke restoran di atas bukit.
Inilah view restoran BP Anjung Indah pada waktu siang.Restoran Thai yang dikelilingi pokok-pokok bonsai.
Bab parking jangan risau sebab kat atas ni kawasan parkingnya sangat-sangat luas.
Macam biasa...dua orang budak ni mesti nak pose gila-gila sampaikan engineer pon tegur.
View dari parking restoran BP Anjung Indah waktu tengahari guna enpon cap ayamas.
Klau time senja maybe lagi menarik.
Ni la kami smua siang tadi.
Macam biasa...kami 2 orang ja Melayu...yang lain-lain Cina.
Pic makanan cheq tak snap pon hari ni.
Lupa nak bawa kamera.Menggedik pon guna enpon jek.
Semua masakan yang bigbos order sedap-sedap belaka.
Ada ikan siakap limau....ayam goreng gajus....sayur brakoli...tomyam campur...sayur kaduk goreng tepung...sotong goreng tepung...ketam masak lada hitam...kari ayam hijau...kerabu mangga & jus amra.
Yang penting semua makanan lautnya fresh lagik...ambik dari dalam sangkar dan akuarium.
Ingatkan lepas ja makan nasi dah boleh balik tup-tup mai pencuci mulut yang super duper mabelesssss.
Bigbos order sebakul durian.
Nahaaaaaaaaa.....pakat dok pulun durian la plak.
Bagi depa yang kaki durian still leh makan lagik padahal tadi dok kata dah kenyang.
Ni muka orang tak ikhlas nak bergambar dengan durian.
Cheq tak makan durian OK....
Yang sorang ni plak dok pulun durian sensorang.
Semua durian yang dah buka semua dia rasa tapi hat sedap dia tarik boh depan dia.
Pulun sampai nak lena....haissshhhhh.....
Dah tu bila balik opis masing-masing dalam mood nak lena.....kekenyangan...kepanasan.
Ada yang siap balik terus tu.Hari ni kan Jumaat...Friday is happy hour...pukul 3 petang dah leh balik dah.
Sampai sekarang cheq masih kenyang lagi.
Restoran pada waktu malam.
Thanks Enchik Google dengan beberapa pic yang dicilok dari enchik.
Bakal Tetamu Allah | 1 siri kursus haji sudah berakhir
Assalamualaikum
Hari Ahad camni biasanya saya dengan mak akan menghadiri kursus haji dari jam 9 pagi sampai 5 petang.Mulanya saya malas nak pi sebab ABC(Allah Bagi Cuti) tapi memandangkan kursus haji dah hampir tamat so saya pi jugak la tapi kena dok luar la.Mana leh masuk masjid kan?Hari ni kursus haji terakhir kat Masjid Permatang Rambai.So adalah praktikal cikit nak bagi paham ibadah haji.
Gambar ni dari kejauhan ja.Orang terbuang....kena dok luar.Time ni masa tawaf.Di ajar kat mana nak mula....kat mana nak istilam....nak baca apa...
Habis tawaf meh kita Sai'e plak.Berjalan dari Bukit Safa ke Bukit Marwah.Kat mana orang laki nak lari-lari anak....kat mana nak baca doa.
Pastu menuju keluar plak nak melontar.Tengah-tengah panas melontar.Fuhhhhh....jam time tu pukul 12.30 tengahari.
Habis semua praktikal tu diadakan majlis bacaan Yassin dan kenduri untuk semua yang menghadiri kursus haji kat Masjid Permatang Rambai.Makan dalam talam tu.Satu talam tiga orang makan.Hehehe...dah lama tak makan dalam talam.Dulu time kecik-kecik penah la makan time masjid buat kenduri.
Best la plak bila sekali sekala macam ni.Petangnya plak saya dan mak ke Masjid Permatang Sintok plak.Masjid ni masih ada 3 minggu lagi untuk berkursus.Berakhir 3 July 2011.
notakukukakiku:~moga segala urusan haji dan ibadah haji saya dipermudahkan dan diterima Allah...
Assalamualaikum
Dah bape hari takdak entry.
No idea.
Mood dalam tak ketahuan lagi.
Tahla...Enchik mahMOOD lari entah ke mana pon cheq tak tau.
So dari dok biaq blog bersawang cheq pon saja-saja wat entry baru.
Meh nak boh gambaq sikit pasai Dept. Besday Celebration.
Pic ni masa bulan 3.
Bigboss punya besday.
Saja kami wat suprise.
Nak tau kisah lebih lanjut klik SINI.
Pic ke-2 ni plak time bulan 4.
Lima orang berkongsi besday pada bulan April.
Di sambut time lunch.
Pic ni plak time besday celebration bulan 5.
6 orang berkongsi besday pada bulan yang sama.
Sambutan pada waktu lunch.
Cerita lebih lanjut sila klik SINI.
Bulan ni rasanya takdak besday sapa-sapa kot.
Klau ada depa dah plan awai dah.
So tunggu next round plak.
Notakukukakiku:~ayat berterabur macam budak solah rendah ja...adessssss
Assalamualaikum
Balik dari kerja dapat satu berita menggembirakan dari mak.
Surat dari Tabung Haji Travel sampai.
Kami bakal menjadi tetamu Allah hujung tahun ni.
Syukur....itu yang mampu aku ucapkan saat ini.
Moga Allah mempermudahkan perjalanan kami dari sini hingga selesai kami mengerjakan haji nanti dan moga kami mendapat haji yang mabrur....amin...
Assalamualaikum
Sepatutnya n3 ni di post hari Selasa or Rabu lepas tapi asik dok tangguh-tangguh ja.
Sempena hari cuti yang tak dapat nak jalan-jalan meh kita buat entri ni.
Hari Selasa lepas ada Celebrity Guest Speaker di jemput mai kilang tempat cheq qheja.
Bukan calang-calang orang yu...
Beliau adalah Datin Paduka Marina Mahathir anak mantan perdana menteri ke-4 Malaysia.
Topik yang dibincangkan adalah 'Moving Forward on Gender Equality'.
Beliau terkejut bila tengok ramai wanita dalam auditorium petang tu.Memang ramai wanita tapi yang berjawatan manager wanita hanyalah 2 orang....hat lain-lain manager laki Malaysia dan obesi la.
Isu ni banyak memperkatakan tentang wanita...hak-hak wanita dan macam-macam lagi la.
Salah satunya...wanita lebih 60% dapat melanjutkan pelajaran ke IPT tapi selepas bekerja beberapa tahun sebilangan besar saja yang bekerja so untuk wanita bersaing dengan orang lelaki amat kurang kerana faktor-faktor yang tak dapat dielakkan seperti mengurus rumahtangga.
Barulah cheq tau banyak perkara yang sebelum ni cheq sendiri wat tak endah.Abes ja jawab soklan-soklan yang muskil...sesi snap pic dengan beliau pon bermula.Tak sempat cheq nak menyempit sekali tapi yang best ada orang tu siap bawa buku mantan perdana menteri nak minta sain.Beliau merupakan peminat no.1 mantan perdana menteri ke-4.
Oppps....beliau bukan yang pakai baju kaler ijau tu ek...tapi hat baju putih tu.
Tabik spring kat Andrew sebab beliau juga merupakan follower blog Datin Paduka Marina Mahathir.
Soklan yang Andrew tanya juga dari topik dalam blog Datin Paduka Marina tapi tetap berkaitan wanita.
Assalamualaikum
Salam hujung minggu.Minggu ni cuti umum 3 hari.Orang lain sedap-sedap leh pi jalan sana sini....makan kenduri merata tapi cheq tak dapat nak pi mana-mana.
Pagi Jumaat cheq sakit mata.
Ingatkan sakit sikit ja sebab tak la bengkak sangat so tak pi la klinik.
Pagi tengok-tengok....bengkak makin menjadik-jadik.
Dah la gatal semua ada....adusssss.....
Dan yang paling best sekali semua panel klinik yang berdekatan dengan umah tutup.
Sangat-sangat best bila cheq memusing-musing cari panel klinik.Terlupa yang hari ni besday agung.
Last-last patah balik ke Klinik 1 Malaysia dekat dengan umah.
1st time selepas berkerja pi klinik kerajaan.
Errr....klau Selasa ni tak baik gak sakit mata ni agak-agak leh tak pakai camni?
Mata cheq sakit belah kiri ja so klau pkai camni cheq leh pi keja cam biasa.
Banyak benda yang tak setel lagi ni.
Assalamualaikum
Salam kembali setelah beberapa hari menyepikan diri.Bz yang melampau-lampau sebab anak-anak buah kena anta pi Subcon selama sebulan.Depa kena support Subcon so kat opis ni tinggai cheq dan k.Ros serta beberapa engineer yang bergilir-gilir ke Subcon.
Big bos plak kejap ada kejap takda.Sejak-sejak dia kena jaga dua department muka jarang nampak.Bz memanjang.Sampai botak kepala dan kurus cikit big bos tu sebab sibuk yang melampau-lampau.
So bila anak-anak buah takda ni keja jadi berganda-ganda la.Yela...dulu depa ada tolong setelkan keja hat senang-senang.Lani semua kena buat sendiri.Kami plak dok habaq kat big bos kata bz la....banyak keja...kunun...tapi memang keja melambak-lambak pon.
Semalam barang-barang yang kami beli masa company buat 'PHILIPS staff purchase 2011' dah sampai.
Ada macam-macam barang depa offer dengan diskaun dari serendah 20% sampai la 45.2%.
TV LCD...TV LED...MP4...DVD Player...dan macam-macam lagi la.
Yang paling tinggi diskaun 46" Full HD LED TV....45.2% tu.
So kami pon ada la beli satu dua barang support company sendiri kan...so bila dah dapat semalam naik kat opis nak check la leh berfungsi ke tak.
K.Ros dok sibuk check Portable DVD Player with 7" LCD dia.Siap pasang DVD dinner hari tu lagik.
Tengah sedap-sedap dok tengok big bos lalu terus dia bagi signal kat cheq jangan habaq kat K.Ros kata dia ada kat belakang.
Bila cheq nak buka mulut ja dia dok bagi signal...cheq just gelak-gelak je la.
Time K.Ros nak simpan DVD player dia tu la baru dia pasan big bos ada belakang.Terkejut gak la.
Terus pakat dok gelak.Memang sakan la big bos dok ngusik-ngusik.
''Kata bz tapi siap leh tengok DVD tu kira dasat la....tahun depan leh promote jadi tukang tengok DVD''
Kami just gelak-gelak.
''Hang tau dak...ni umpama kena 'tangkap basah' la ni...kantoi dengan aku''
Bila kami suruh sign form...bos tanya untuk apa so cheq jawab...
''DVD tu beli charge under department.Ni nak claim balik duit yang bayaq hari tu....hahahaha"
Tapi semalam memang riuh-rendah kami dok bergelak dengan big bos sampaikan engineer lain pandang semacam.
Well...big bos memang serius dengan depa semua tapi dengan kami tak.Dia kan "abang angkat" tak rasmi kami masa pi Langkawi tahun lepas.
Dia siap kata... "Bila aku pi Subcon punya la tensen sampai takleh nak senyum.Mai sembang dengan hampa ni terus boleh gelak"
Well...kami kan pengubat duka lara kat department tu.Kalau takda kami department memang sunyi sepi.Watpa nak keja dengan muka tensen.Tensen tensen jugak tapi ati kena senang baru la keja berjalan lancar.