Ragut...lepas dia...aku plak kena

11:20 PM

Assalamualaikum

Apa habaq ampa semua hari ni?
Cheq...habaq tak brapa baik semalam...hari ni...esok dan seterusnya.

Sabtu minggu lepas anak buah keja cheq kena ragut rantai kat Dato Keramat Penang.
4 hari gak la dia masuk spital sebab kecerderaan dan sebab-sebab lain.
Muka lebam-lebam...kepala benjol sebab jatuh kena batu.
Seminggu gak la dok bercerita pasai dia kat tempat keja.

Semalam hari Jumaat malam lepas balik dari openhouse rumah seorang rakan cheq nyinggah kat area Desa Damai BM.
Parking keta agak jauh so masa dok jalan tu tup tup beg galas cheq kena ragut.
Tak sempat nak tengok no plate sebab tergamam.
Naseb cheq tak tersungkuq.Selalunya cheq galas silang beg tu tapi semalam cheq galas kot tepi.
Rasa marah nak nangis semua ada tapi cheq tahan.
Dalam kepala dok pikiaq macam-macam.
IC..lesen..jam tangan...enpon 2 bijik...kad-kad bank dan kunci keta ilang.

Minta tolong dari seseorang dan kebetulan beliau tu enchik polis.
Tapi lupa plak nak tanya beliau nama.
Trima kaseh tak terhingga untuk beliau sebab bawak cheq pi balai polis Bukit Tengah buat repot.

Pas abes wat repot tu kes cheq kena refer kat balai polis Bandar Perda so tunggu plak keta polis pegawai penyiasat mai ambik sebab cheq tak ingat lansung no tepon sapa-sapa kecuali enchik ucuk.
Col encik ucuk guna tepon balai tapi tak terjawab.Rupa-rupanya tadi enchik ucuk col no mak gtau dia ikut flight.
Sampai kat balai perda jumpa inspektor tu bincang-bincang apa yang patut...col lagik enchik ucuk tapi tetap tak dapat.

Last-last enchik inspektor tu ajak pi tengok keta dulu takut-takut ilang sebab dah agak lama cheq tinggal keta kat situ.Pas tengok keta selamat inspektor tu bawak cheq balik umah panggil abang dan adik.Pastu kami sama-sama pi kat keta balik.
Lama gak dok decide camna nak wat kat keta sebab kunci spare keta ada kat enchik ucuk.
Last-last keta yang tak rosak tu kena tarik guna tow truck bawak balik umah.
Rabak gak duit malam semalam...naseb ada cash money kat umah.

Hari ni cheq dah setel block simkad dan kad-kad bank.Orang yang meragut tu guna enpon cheq mesej list fren kata cheq nak pinjam duit.Memang gila la orang yang meragut tu.
Cheq dapat tau pon sebab dia mesej no adik.Memang cheq set nama adik guna nama dia je so peragut tu ingat adik cheq tu kawan cheq.

Esok tak dapat watpe lagi sebab tadi tanya member dia cakap esok Kedah cuti lagi.Ingat nak try buat IC kat SP or Kulim.
Selagi IC sementara takda cheq tak dapat nak wat urusan-urusan yang lain....huhuhu...
Isnin la jawabnya...

Lepas ja kes ni cheq jadi fobia.Makin takut nak kuaq jalan-jalan dah sekarang.

You Might Also Like

4 apa kata anda?

  1. La ya ker? Siannya.. geram dengan peragut, mudahan dia mendapat balasan dariNya, Kita nak balas memang dah tak tahu siapa dia.

    ReplyDelete
  2. tu la...moga2 dia dpt balasan yg setimpal

    ReplyDelete
  3. aiyoo... kesian kak sayang naim ni. sabar banyak banyak kak. janji kak selamat. tu yang terpenting sekali :)

    ReplyDelete
  4. huhuhu...ciankan?
    tu la...naseb x jd bnda yg bkn2...klau x jenuh la

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers