Jamuan Raya Terakhir untuk Syawal ini

10:53 AM

Assalamualaikum

Hari-hari terakhir bulan Syawal diraikan dengan majlis jamuan hari raya.
Tahun ni kami tak invite ramai macam tahun-tahun lepas.
Tahun lepas invite manager-manager bangsa lain tapi kali ni hanya yang beragama Islam sahaja yang join.

Macam biasa dua beradik ni posing-posing kat belakang ja.
Segan sebab ramai sangat.

Disebabkan majlis berlansung pada waktu pagi so dua beradik ni tak masuk dapoq kalut-kalut hidang atas meja.
Kami dok kalut buat shipment hantaq sample kat customer dan subcon kat obesi.
Mai-mai ja semua dah terhidang.Teruih pi beratuq makan....hehehehe...
Menu utama nasi impit kuah kacang, ketupat palas, lemang dan rendang, soto, kuih muih(bukan biskut raya) yang penuh meja.
Siap leh sambung makan time tengahari lagik sebab banyak lebih.


Paling terperanjat bila director QA buat pengumuman dalam majlis yang cheq nak berangkat ke Tanah Suci tahun ni.
Malu pon ada gak tapi apa-apa pon cheq ucap terima kasih kat depa sebab doakan cheq selamat pergi dan balik dari menunaikan haji.

You Might Also Like

0 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^