Gempa!!!....Apa yang cheq bayangkan betul-betul terjadi

8:39 AM

Assalamualaikum

Selamat pagi Selasa semua.
Semalam cheq tidoq lambat...dekat-dekat pukul 2 pagi.
Masa tengah baring-baring tu cheq rasa bergegaq.
Ofkoz la rasa...rumah kampung...bilik plak kat belah atas...umah dekat-dekat area pantai Teluk Ayer Tawar.
Mula-mula pikiaq kepala cheq dah TING TONG ka sebab tidoq lambat.
Rasa gegar dekat 2 minit gak la.
Pastu baru la terpikiaq ni mesti ada GEMPA BUMI kat Indon ni...kalau tak takkan gegaq camni.
Teringat masa Tsunami dulu tapi gegaran kali ni tak sekuat gegaran masa tsunami dulu.
Dulu sampaikan botol-botol perfume atas almari makeup jatuh.
Pagi ni dengaq berita dalam radio masa ondaway nak pi qheja habaq kata gempa kat Sumatera.
Betul sangkaan cheq semalam.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------




Gempa bumi 6.6 skala Richter di Sumatera Utara
06/09/2011 2:54am


KUALA LUMPUR 6 Sept. - Gempa bumi kuat berukuran 6.6 pada skala Richter dilaporkan berlaku di Sumatera Utara pada pukul 1.55 pagi ini tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan, lapor Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gempa bumi tersebut berlaku di lokasi 2.973°Utara, 97.997° Timur pada kedalaman 110.1 kilometer dan kira-kira 100 kilometer dari arah Barat Daya Medan.

Jabatan Meteorologi Malaysia turut melaporkan kejadian tersebut yang gegarannya turut dirasai di beberapa tempat sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Penang dan Kedah. - Utusan

You Might Also Like

4 apa kata anda?

  1. heboh jugak malam tu kat FB, betul-betul waktu gegaran ni jadi.
    Erin, Pakcu, Nadzli kelam kabut kat FB nun. lawak pun ada, memasing rasa takut. hahaha

    ReplyDelete
  2. hahaha...kak pas rs gegaq trus tdoq...lena smpai pg ;p

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^