Bakal Tetamu Allah | Dia cucuk tang sana...cucuk tang sini...

10:01 PM

Bakal Tetamu Allah | Dia cucuk tang sana...cucuk tang sini...


Assalamualaikum


Hari ni saya dan mak pi check-up pulak. Kami ke klinik kat area Kampung Gajah. Masa kat Tabung Haji petugas cakap kena dalam RM150 sorang tapi tup tup misi tu cakap kata sorang RM240. Naseb la bawak duit lebihKlau tak naya ja. RM240 termasuk cucuk 2 jenis ubat.

Dah lama gila tak check-up betoi-betoi ni. Last masa nak masuk keja dulu. Kena buat check-up bagai. Tadi memang ganas la sesi check-up dia. Malu gila. Doktor siap selak baju dan seluar...haduiiiih...
Kalau saya budak-budak lagi tak la rasa malu. Ni dah besar...gila malu weyyyy.....Pastu kena cucuk. Saat yang mendebarkan.

Sebelum-sebelum ni asyik dok derma darah ja so tak rasa la sangat. Hari ni kena cucuk ubat masuk dalam badan....fuhhhh....terasa ke tulang. Dia cucuk tang sana...dia cucuk tang sini...4 kali kena cucuk yu.... Mula-mula dia ambik darah dulu. Masa ni saya ok ja. Ala...macam derma darah. Derma darah jarum besar pon rilek ja...

Pastu dia cucuk ubat kat belah kiri....belum kena saya dah bunyi sakit....hahahaha...macam hampeh. Lepas kiri belah kanan pulak....ouuuchhhh...sakit lagi sekali....berkerut-kerut dahi dok tahan sakit ubat masuk dalam badan. Ku ingatkan dah habis rupa-rupanya kena cucuk kat jari pulak nak check gula.

Alhamdulillah result untuk hari ni semuanya sihat. Check-up siap dalam pukul 11 pagi camtu. Result pulak esok baru nak dapat so saya ambik keputusan pi keja halfday. Masuk pukul 1 petang. Esok halfday lagi. Nak ambik result dan hantar buku rawatan ke Tabung Haji. Lusa dah Jumaat....cepatnya masa berlalu.

Minggu depan ada lagi seminggu. Mau posa sunat la. Posa sunat dalam bulan Syawal ni saya belum buat lagi. Dok sibuk nak makan ja. Apa-apapon next week kena buat jugak seminggu.

You Might Also Like

0 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers